Skip to playerSkip to main content
Kerajaan dijangka bentang RUU Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) di Dewan Rakyat pada awal tahun depan dengan menggunakan pendekatan berasaskan risiko, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Berhubung dengan pengubalan akta AI, Tuan Diktor, dan penilaian aspek berisiko tinggi,
00:05kerajaan kini dalam proses berangka rang undang-undang tadbir urus AI yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada awal tahun
00:122027, tahun depan.
00:14Dalam rangka rang undang-undang ini, kerajaan menggunakan pendekatan berasaskan risiko ataupun risk-based approach.
00:21Tahap kawalan dan kewajipan dinilai mengikut potensi kemudaratan sistem AI itu sendiri
00:27dan bukannya klasifikasi risiko mengikut industri semata-mata.
00:33Penggunaan AI dalam konteks ini menuntut kawal selia yang lebih ketat kerana ia memberi kesan langsung kepada keselamatan,
00:40hak asasi dan juga kesejahteraan individu.
00:42Rang undang-undang ini direka sebagai kerangka merentas semua sektor yang melengkapi undang-undang sektoral yang sedia ada.
00:51Tuan Diktor, kerajaan sedar berkenaan dengan potensi teknologi baru
00:54yang boleh membawa pelbagai impak besar kepada ekonomi, kepada masyarakat dan juga kepada pentadbiran negara.
01:01Dalam usaha membina infrastruktur dan juga ekosistem yang membolehkan teknologi ini digunakan di Malaysia,
01:08keutamaan akan diberikan kepada aspek keselamatan
01:11dan ini untuk memastikan bahawa risiko-risiko yang berkaitan dalam aspek penggunaan teknologi ini sentiasa terkawal.

Recommended