Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Kerajaan akan memperketat kawal selia sistem AI berisiko tinggi berdasarkan potensi kesannya terhadap keselamatan, hak asasi dan kesejahteraan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sistem kecedasan buatan AI yang berisiko tinggi bakal berdepan kawal selia lebih ketat, khususnya jika memberi kesan kepada keselamatan, hak
00:09asasi dan kesejahteraan individu.
00:11Menteri Digital Gobin Singh Dioh berkata, tak kawalan dan kewajipan akan ditentukan berdasarkan risiko yang dibawa sesuatu sistem AI bukan
00:21semata-mata mengikut industri.
00:24Menurut Gobin, sistem AI yang semakin berkuasa dan berotonomi memerlukan kawalan keselamatan diperkukuh sebelum penggunaannya diperluaskan.
00:33Ia termasuk pengujian, pemantauan, pengawasan manusia atau human in the loop serta mekanisme tindak balas.
00:52dan juga ekosistem yang membolehkan teknologi ini digunakan di Malaysia, keutamaan akan diberikan kepada aspek keselamatan dan ini untuk memastikan
01:01bahawa risiko-risiko yang berkaitan dalam aspek penggunaan teknologi ini sentiasa terkawal.
01:07Terima kasih.
01:07Pada masa sama, kerajaan sedang merangka rang undang-undang takbir urus AI yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada awal
01:152027.
01:16RUU itu akan menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan menjadi kerangka merentas sektor bagi melengkapi undang-undang sedia ada.
01:25Gobin menjawab soalan Aliparlimen Kuban Pasu Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail pada waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan
01:32Rakyat pada Isnin.

Recommended