Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
KKDW memohon RM40 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi membantu usahawan dalam aspek dokumentasi, latihan dan naik taraf premis.
Transcript
00:01Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW memohon peruntukan RM40 juta daripada Kementerian Kewangan bagi membantu seribu usahawan mendapatkan pensijilan halal.
00:12Timbalan Setiusa Dasar KKDW Datuk Abdul Kaha Abduh Mwah berkata, permohonan menerusi belanjawan 2027 itu bertujuan memperkukuh penyertaan usahawan khususnya
00:23bumi petra dalam industri halal.
00:27Menurutnya, bantuan itu akan merangkumi aspek dokumentasi, latihan dan pembangunan pegawai berkepakaran untuk menjadi eksekutif halal.
00:35Usahawan juga akan dibantu membuat persediaan fizikal premis termasuk menaik taraf, dapur dan kemudahan berkaitan bagi memenuhi keperluan pensijilan halal.
00:45Abdul Kaha berkata, industri halal mempunyai prospek besar dalam sektor makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, logistik, pelancongan serta perkhidmatan.
00:56Export halal Malaysia mencecah kira-kira RM68.52 bilion pada 2025 sekaligus menunjukkan potensi besar yang boleh dimanfaatkan usahawan tempatan.
01:07Menerusi program Get2Global kendalian Majlis Amanah Rakyat, sejumlah 132 usahawan dibangunkan sebagai syarikat bersedia eksport sehingga 2025 dengan nilai transaksi
01:19keseluruhan sekitar RM1.1 bilion.
01:23Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan Perdana Menteri, Merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Jumaat ini.

Recommended