Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memaklumkan pelancong yang memasuki Singapura dengan kereta melalui Woodlands atau Pusat Pemeriksaan Tuas perlu memastikan kenderaan mereka mempunyai VEP yang sah sebelum menyerahkan Kad Ketibaan SG (SGAC).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Semua kenderaan asing yang memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Darat mesti mempunyai permit masuk kenderaan atau VEP yang sah mulai
00:106 Oktober ini.
00:11Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan ICA, jika kenderaan itu tidak mempunyai VEP yang sah, pengembara tidak akan dapat melengkapkan
00:20penyerahan kad ketibaan SG atau SGAC mereka.
00:24Pengembara yang memasuki Singapura dengan kereta melalui Woodlands atau Pusat Pemeriksaan Tuas digesa untuk memohon VEP sebelum ke Singapura.
00:35Pengesahan VEP awal membantu pengembara memastikan sebelum perjalanan mereka bahawa kenderaan yang mereka naiki mempunyai insurans secukupnya sekiranya berlaku kemalangan
00:47jalan raya.
00:48Menurut ICA, VEP tidak boleh dikeluarkan tanpa insurans motor.
00:55Terima kasih.
Comments

Recommended