Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan kenaikan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya serta elaun petugas PPDK dalam Belanjawan 2027. Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah itu penting bagi meningkatkan kesejahteraan golongan OKU dan individu yang terlibat dalam sektor penjagaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM mengusulkan kenaikan allowance pekerja orang kurang upaya EPOKU dan allowance petugas pusat pemulihan
00:12dalam komuniti PPDK dalam Belanjawat 2027.
00:17Menterinya Datuk Seri Nancy Syukri berkata, carangan itu bertujuan meningkatkan kesejahteraan golongan OKU serta individu yang terlibat dalam sektor penjagaan.
00:30Menurut beliau, banyak PPDK masih bergantung kepada sumbangan luar bagi meneruskan operasi dan perkhidmatan kepada komuniti setempat.
00:37Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutupan program Able for Disable dan penyampaian sigil kursus pengenalan Job Coach Aeon 2026
00:45pada selasa.
00:47Nancy berkata, menjelang pembentangan belanjawan 2027, KPWKM turut berharap carangan berkaitan pemberkasaan ekonomi penjagaan dapat diberikan perhatian dan diluluskan.
00:56Sementara itu, Nancy menyeru semua pihak termasuk sektor swasta supaya membantu membangunkan bakat dan laluan kerjaya pekerja OKU.
01:04Beliau berkata demikian kerana sebahagian besar peluang pekerjaan untuk pekerja OKU berada dalam sektor tersebut.
01:11Sehubungan itu, beliau menyeru majikan supaya menilai keupayaan serta potensi sebenar yang boleh disumbangkan oleh golongan berkenaan.
01:18Nancy menegaskan bahawa komuniti OKU perlu dilibatkan sebagai pengguna dan rakan strategik dalam pembangunan sistem dan persekitaran pekerja.
Comments

Recommended