Skip to playerSkip to main content
  • 33 minutes ago
Bersama Firdaus Azil yang berada di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan ketika ini kita ingin terus memberikan tumpuan kepada perkembangan berkenaan dengan keputusan yang dibuat oleh lembaga pengampunan untuk memberikan
00:10pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus menjalani baki hukuman penjara di penjara kepada
00:17tahanan di rumah dengan syarat denda RM50 juta itu dilangsaikan.
00:22Dan di waktu ini kita bersama dengan Firdaus Azil yang berada di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib
00:28Tun Razak di Langgak Duta Kuala Lumpur.
00:31Firdaus mungkin boleh kongsikan apa yang berlaku sejak daripada pagi sehinggalah waktu ini. Apakah ada perkembangan-perkembangan yang boleh kita
00:38bawakan di waktu ini?
00:42Terima kasih Irfan di Bukit Jalil. Saya mulakan laporan dengan bagaimana suasana di sekitar kediaman ini di Jalan Langgak Duta
00:50ini kembali reda dan terkawal selepas berlaku sedikit tumpuan pergerakan pada awal pagi tadi kerana sejak pada jam 8.30
00:57pagi tadi kami pengamal media sudah mula berkumpul di hadapan ini untuk melihat sebarang perkembangan.
01:03Dan sudah pasti tumpuan ini yang ingin saya laporkan ialah terarah kepada kehadiran sekumpulan pegawai, dipercayai pegawai daripada Jabatan Penjara
01:11Malaysia bersama anggota polis di Raja Malaysia PDRM yang menaiki kenderaan memasuki kediaman Datuk Seri Najib yang mana mereka dimalukan
01:21selesai menjalankan tinjauan dan dilihat beredar meninggalkan perkarangan ataupun kawasan ini sekitar jam 11.50 pagi tadi.
01:30Yang mana difahamkan kehadiran mereka adalah untuk melakukan pemeriksaan teknikal awal serta audit keselamatan ke atas struktur fizikal premis sebelum
01:38sebarang ketetapan tentang pewartaan kawasan ini untuk dijadikan sebagai kawasan tahanan dilakukan.
01:46Dan kami juga bersempat bercakap ataupun berhubung dengan pegawai khas Datuk Seri Najib iaitu Ahmad Lofi Azhar di hadapan ini
01:56sementara tadi yang mana beliau memalumkan jika ada sebarang keperkembangan baru ataupun keputusan mutamat mengenai proses pemindahan keluar bekas Perdana
02:06Menteri itu,
02:07kenyataan rasmi akan disalurkan melalui kenyataan media sama ada dari beliau sendiri ataupun dari pejabat UMNO.
02:14Jadi setakat hari ini ataupun ketika saat ini, ini bermakna Datuk Seri Najib pada saat ini masih kekal berada di
02:22bawah jagaan penjara kajang dan pelaksanaan perintah tahanan rumah
02:26untuk menghabiskan baki hukuman sehingga 23 Ogos 2028 itu dikira masih terikat dengan persyarat undang-undang yang perlu diselesaikan terlebih
02:35dahulu
02:35yang mana syarat utama seperti yang disebutkan tadi ialah penyelesaian bayaran denda berjumlah RM50 juta seperti yang ditetapkan dalam perintah
02:43pengampunan
02:44dan juga ada syarat-syarat lain yang masih kita menunggu daripada sama ada Jabatan Penjara Malaysia ataupun daripada Menteri Dalam
02:51Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution sendiri.
02:53Dan sudah pasti kalau kita bercakap mengenai kerangka perundangan dan proses perwartaan KDN yang mana ada beberapa persoalan timbul bagaimana
03:05kediaman ini boleh dijadikan sebagai
03:08sebuah kediaman pribadi boleh ditukar fungsinya sebagai lokasi penahanan pesalah jenayah yang mana perkara ini sudah pasti tertakluk kepada bidang
03:17kuasa Menteri Dalam Negeri
03:18di bawah Akta Penjara 1997 ataupun Akta 537 mengikut Seksyen 2 definisi penjara ini sebenarnya tidak terhad kepada kompleks penjara
03:28konvensional
03:29tetapi merangkumi mana-mana rumah, bangunan atau kepungan yang diisytiharkan secara sah dan Seksyen 3 juga memberikan kuasa kepada Menteri
03:39Dalam Negeri
03:39untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan seperti kediaman ini sebagai suatu penjara melalui pemberitahuan dalam warta kerajaan ataupun Federal Gazette
03:49melalui perwartaan tersebut, kediaman ini secara teknikalnya akan menjadi sebuah fasiliti penahanan satelit yang berada di bawah kuasa sah dan
03:59seliaan mutlak Jabatan Penjara Malaysia
04:01jadi sebelum warta itu boleh dimeterai, beberapa penilaian ketat wajib untuk disempurnakan oleh pihak berkuasa keselamatan
04:08dan seperti audit physical premise yang merangkumi penilaian pagar perimeter ini, kawalan pintu masuk terhad serta keupayaan untuk mewujudkan pos
04:17kawalan tetap bagi pegawai penjara
04:19yang akan bertugas secara shift 24 jam dan juga lain-lain aspek teknikal seperti geofencing dan sebagainya
04:27dan di samping itu peraturan ketat mengenai kawasan kawalan pelawat yang mana lazimnya ini dihadkan kepada ahli keluarga terdekat
04:35dan juga peguam sahaja serta sekatan yang mana ini perlu dimutamatkan dulu di dalam SOP yang masih kita tunggu perinciannya
04:43sehingga saat ini
04:44dan kalau boleh juga saya nak memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua penerangan UMNO, Dato' Sri Azalina Osman Said pada
04:51awal pagi ini
04:52yang mana beliau juga merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
04:58yang mengatakan bahawa prinsip kedaulatan undang-undang tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak khususnya bagi pihak UMNO
05:06kerana sememangnya tiada individu ataupun kerajaan yang berada di atas undang-undang
05:10namun beliau mengingatkan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara
05:15dan setiap pihak tertakluk sepenuhnya kepada keluhuran teks Perlembagaan
05:20dan beliau melenggaskan bahawa kuasa pengampunan bukanlah tindakan yang berada di luar kerangka undang-undang
05:26atau perbuatan yang melangkaui undang-undang
05:29ia sebenarnya adalah kuasa yang diperuntukkan secara nyata di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan
05:34khususnya di wilayah Persekutuan Perkara 42 jelas memberi kuasa kepada yang dipertuan agong
05:41serta kerangka lembaga pengampunan
05:45jadi secara rumusannya sudah pasti kita dua elemen penentu yang akan menjadi tumpuan media
05:50ialah sebelum proses tahanan ini dapat dihasilkan sepenuhnya
05:54yang mana pertamanya ialah penyelesaian dokumentasi dan penyelesaian bayaran denda RM50 juta
06:01serta syarat-syarat tambahan
06:02dan sudah pasti kita akan menunggu pengumuman rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri
06:07Menteri Dalam Negeri berhubung perwartaan premis serta garis panduan SOP
06:11keselamat kawasan-keselamatan di kawasan ini
06:14dan sudah pasti kami, Esra Awani dan juga media lain
06:17kami di Jalan Langgak Duta akan terus berkampung
06:21dan memantau sebarang pergerakan susulan pihak berkuasa
06:24ataupun kepimpinan parti yang mungkin akan hadir sepanjang hari ini
06:27jadi saya kira itu saja Irfan yang saya boleh kongsikan
06:29dari hadapan kediaman Dato' Sri Najib Nur Razak di Langgak Duta
06:34kita kembalikan kepada Irfan di Bukit Jalil
06:36Baik Firdaus, sebelum kita berakhir
06:38kerana semalam antara perbincangan kita dengan Pak Anlisi
06:41selama berkenaan dengan bagaimanakan akses orang luar
06:44kepada kediaman Dato' Sri Najib
06:45selepas diwartakan sebagai penjara
06:47yang boleh digunakan untuk melaksanakan tahanan di rumah ini
06:51dan seperti mana Firdaus nyatakan tadi
06:53berkenaan dengan bagaimana SOP akses
06:55ahli keluarga dan peguam kepada Dato' Sri Najib
06:57ketika beliau berada di kediaman di Langgak Duta itu
07:00kerana kita membandingkan dua situasi
07:02dalam pengalaman di Asia Tenggara
07:03kita ada Aung San Suu Kyi yang juga berada dalam tahanan rumah
07:06untuk tempoh yang panjang sejak 1999
07:08tetapi situasinya sedikit berbeza
07:11kerana beliau berada dalam tahanan di rumah
07:12tanpa sebarang akses kepada orang luar
07:14hanya beliau dan anaknya sepanjang berada tahanan di rumah
07:17tetapi pada masa yang sama
07:19bacaan kita di Bilik Berita Surawan ini
07:21juga membandingkan dengan pengalaman United Kingdom
07:22dan juga Amerika Syarikat
07:24yang menyatakan secara praktisnya
07:26secara lazimnya
07:27ahli keluarga boleh keluar masuk
07:31dan tinggal bersama dengan pesalah
07:35yang diletakkan di bawah tahanan dalam rumah
07:37persoalan saya di sini
07:38manakah kita masih lagi menuju perincian
07:40daripada pihak KDN dan juga Jabatan Penjara
07:42berkenaan dengan pelaksanaan tahanan di rumah ini
07:44ialah berkenaan dengan pergerakan ahli keluarga
07:46kerana Firdaf menyatakan bahawa
07:48ada pergerakan daripada Jabatan Penjara
07:51untuk meriksa kediaman Dato' Sri Najib
07:53ahli keluarga adakah masih ada pergerakan di sana
07:55mereka tinggal di sana
07:57apakah ada sebarang perincian
07:59boleh kita kongsikan berkenaan dengan
08:01pergerakan tersebut Firdaf
08:06ok kalau untuk saya mengesahkan
08:08ada ahli keluarga tinggal di belakang ini
08:11sudah pasti bukan saya orang sesuai
08:12tetapi kalau kita mengikut
08:14kerana kita tahu Dato' Sri Najib
08:15ada beberapa kediaman
08:16sudah pasti lagi satu rumah di sana
08:18mungkin ahli keluarga boleh tinggal di sana
08:19tetapi kalau mengikutkan
08:21apa yang saya baca ini adalah
08:22yang diperoleh daripada dokumen awam
08:25yang mana ahli keluarga
08:27pergerakan terhad kepada ahli keluarga
08:29tetapi sekiranya ada orang yang mungkin
08:31peguam sendiri
08:31kalau mengikutkan
08:32disebabkan premise ini
08:34akan diwartakan
08:36di bawah kuasa Jabatan Penjara Malaysia
08:38melalui perwartaan oleh
08:41Menteri Dalam Negeri
08:42sudah pasti
08:42apa-apa juga pergerakan keluar masuk
08:44sudah pasti
08:45yang selain daripada
08:47ahli keluarga sudah pasti
08:48ia memerlukan
08:49kelulusan daripada
08:50Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia
08:52dan juga kalau boleh kita juga
08:53mungkin kita akan dapatkan juga
08:55perincian mengenai SOP
08:56sudah pasti
08:57kalau dahulu kita bercakap tentang
08:59atas kediaman terhad
09:00bukan saya nak
09:01menyamakan
09:01Dato' Sri Najib
09:03dengan yang lain-lain
09:04tetapi kalau sudah
09:05kalau kita lihat sekarang
09:07sudah pasti bagaimana
09:08kawasan ini sudah pasti
09:09ada memerlukan bantuan
09:11ataupun khidmat
09:12pembantu rumah dan sebagainya
09:13dan juga bagaimana pula
09:15akses adakah
09:16sudah pasti kita bercakap tentang
09:18keperluan asas air
09:20elektrik dan sebagainya
09:21tetapi bagaimana pula
09:22dengan
09:23seperti kita cakap
09:24sebagi
09:24akses internet dan sebagainya
09:26semua itu
09:26yang masih kita akan
09:28cuba dapatkan penjelasan
09:29ataupun yang mungkin
09:30akan disenaraikan
09:32di dalam SOP
09:33berkenaan
09:33Irfan
09:34itu adalah soalan-soalan
09:36perincian yang kita akan
09:36bawakan dari semasa ke semasa
09:38terima kasih Firdaus
09:39di waktu ini
09:40sekurang-kurangnya kita dapat
09:40sahkan bahawa pergerakan
09:42hanya daripada Jabatan Penjara
09:43dan kedudukan ahli keluarga
09:44juga belum dapat disahkan
09:46kerana tidak ada visualnya
09:47dan memandangkan
09:48Dato' Sri Najib juga
09:48mempunyai beberapa kediaman
09:49yang berbeza
09:50dan berkenaan dengan
09:51pergerakan
09:52juga berkenaan dengan
09:53apa yang diperlukan
09:54Dato' Sri Najib
09:54untuk terus berada di
09:55kediamannya
09:56bagi tujuan menghabiskan
09:58baki
09:58kekuan penjara tersebut
10:00kita akan bawakan
10:00dari semasa ke semasa
10:01terima kasih Firdaus
10:02untuk waktu ini
10:03dan kita akan bawa
10:03lebih banyak perkembangan
10:04dari semasa ke semasa
10:05tapi untuk waktu ini
10:06kita berada ke laporan berikutnya
10:07terima kasih
Comments

Recommended