00:00Berita nawan ini diteruskan dengan kemas kini berkenaan dengan bencana di negara jiran.
00:05Kesemua lapan lapangan terbang di Indonesia yang ditutup sementara akibat abu gunung berapi daripada Gunung Anak Krakatau kembali beroperasi selepas
00:15empat lapangan terbang terakhir dibuka semula pada selasa.
00:19Gangguan itu sebelum ini menjejaskan ratusan penerbangan dan ribuan penumpang.
00:25Direkturat Jenderal Penerbangan Awam Kementerian Pengangkutan memaklumkan empat lapangan terbang berkenaan ialah
00:31Lapangan terbang Radin Inten 2 di Lampung, Lapangan terbang Budiarto di Tangerang, Lapangan terbang Pondok Cabe di Tangerang Selatan dan
00:39Lapangan terbang Muhammad Taufik Kimas di Lampung.
00:42Empat lapangan terbang itu menyusuli lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Lapangan terbang Halim Perdana Kusuma di Jakarta
00:49dan Lapangan terbang Husin Sastra Negara di Bandung yang kembali beroperasi tengah malam Isnin
00:54selepas pihak berkuasa penerbangan dan meteorologi mengisytiharkan keadaan selamat.
00:59Lapangan terbang Atung Bungsu di Pakar Alam, Sumatera Selatan merupakan lapangan terbang pertama yang dibuka semula pada jam 9 pagi
01:05Isnin
01:05selepas penilaian mendapati ia tidak lagi terjejas oleh Abu Gunung Berapi.
01:10pihak berkuasa akan terus memantau dengan teliti dan menyelaras dengan syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang, perkhidmatan navigasi udara serta agensi
01:18berkaitan lain mengenai operasi penerbangan.
01:21Penutupan semula pada hujung minggu selepas Abu Gunung Berapi daripada anak Krakatau yang terletak di selat sonda antara Jawa dan
01:27Sumatera menjejaskan ratusan penerbangan dan ribuan penumpang.
01:31Walaupun kesemua lapangan terbang telah kembali beroperasi, Abu Gunung Berapi daripada anak Krakatau masih dikesan pada ketinggian sehingga 6,000
01:39kaki atau 1.8 km setakat pagi selasa.
01:43Bergerak ke arah Selatan Barat Daya merentasi beberapa kawasan di Barat Banten menuju Lautan Hindi.
Comments