Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri diarahkan mendapatkan pendirian rasmi parti politik berdaftar berhubung cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bahagian hal ihwal undang-undang Jabatan Perdana Menteri JPM diarah mendapatkan pendirian rasmi parti politik berdaftar berhubung cadangan penggubalan rang
00:10undang-undang RUU Pendanaan Politik sebelum ia dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
00:15Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Usman Said berkata,
00:22nangkah itu penting bagi membolehkan kerajaan mengenalpasti parti yang menyokong atau menolak cadangan perkenaan.
00:30Menurut Azalina, pendirian itu juga perlu disertai alasan serta carangan penambahbaikan terhadap RUU berkenaan.
00:38Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan maklum balas secara bertulis daripada kira-kira 72 parti politik yang berdaftar bagi mendapatkan pendirian
00:46rasmi mereka terhadap carangan penggubalan RUU Pendanaan Politik.
00:50Katanya pandangan secara individu daripada pemimpin politik tidak semestinya mewakili atau mengikat pendirian parti masing-masing.
00:57Jelas beliau setakat ini, Bahyus dah melaksanakan 18 sesi libat urus termasuk di peringkat negeri.
01:03Mengenai kerewatan penggubalan RUU itu, Azalina menegaskan ia bukan disebabkan politik.
01:08Sebaliknya kerana proses tersebut melibatkan prosedur perundangan yang memerlukan penelitian rapi.
01:13Beliau berkata proses reformasi tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa hanya untuk memenuhi persepsi.
01:20Namun pada masa sama, kekangan proses tidak boleh dijadikan alasan untuk melambatkan agenda reformasi.
01:26Beliau berkata demikian pada Konvensyen Pendanaan Politik 2026 di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia AIAC di Kuala Lumpur pada Selasa.
01:34Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended