00:00Dalam perkembangan sama, Australia menghantar pasukan khas bantuan bencana ke Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir besar
00:07yang melanda negara itu minggu lalu.
00:09Pasukan seramai 15 anggota itu tiba di Kathmandu lewat Jumaat selepas kerajaan Nepal memohon bantuan antarabangsa untuk operasi penyelamatan teknikal.
00:20Menurut pihak berkuasa Australia, pasukan berkenaan sebahagian besarnya terdiri daripada juruterbang dron berkemahiran tinggi daripada agensi perkhidmatan kecemasan negeri-negeri
00:29di Australia.
00:31Penugasan itu dilaksanakan susulan permintaan rasmi kerajaan Nepal yang memohon bantuan antarabangsa bagi operasi penyelamatan teknikal dan khusus di kawasan
00:40bencana.
00:40Setakat ini lebih 1,200 orang disahkan maut manakala 5,000 lagi masih hilang selepas bencana yang berlaku pada 26
00:48Ogos lalu.
00:49Kerajaan Nepal terumaklumkan seramai 583 warga asing adalah antara mereka yang masih belum dapat dikesan.
00:56Dalam kalangan mangsa hilang itu termasuk 36 rakyat Australia yang masih gagal dikesan sehingga kini.
01:03Pihak berkuasa Australia menyatakan kebimbangan serius terhadap keselamatan mereka namun operasi pencarian masih diteruskan.
01:09Pasukan berkenaan dilengkapi drone berteknologi tinggi yang mampu melakukan pemantauan di kawasan luas dan sukar diakses.
01:18Dalam perkembangan sama, tujuh pakar pengecaman mangsa bencana dari Polis Persekutuan Australia dijangka tiba di Nepal bagi bantu proses forensik
01:26dan pengecaman mangsa.
01:28Kerjasama antarabangsa terus dipertingkatkan ketika Nepal berusaha mengesan ribuan mangsa yang masih hilang dalam tragedi yang menggemparkan rantau Himalaya itu.
Comments