00:00Kementerian Kesihatan KKM terus memperkukuh perkhidmatan kesihatan di Sabah
00:04bagi memastikan penduduk khususnya di kawasan pedalaman dan pulau
00:09mendapat akses rawatan yang lebih baik.
00:12Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifi Ahmad berkata
00:15usaha itu meliputi pembangunan infrastruktur, pendigitalan perkhidmatan,
00:20penggunaan teknologi serta penambahan tenaga kerja
00:23bagi memenuhi keperluan rakyat.
00:28Katanya, perdekatan itu penting berikutan keadaan geografi Sabah yang luas dan mencabar
00:34selain negeri berkenaan masih berdepan masalah penyakit tidak berjangkit
00:38serta penyakit berjangkit.
00:40Belia berkata, kerajaan menyediakan RM1.56 bilion menerusi RMK13 dan rundingan MA63
00:47bagi melaksanakan 53 projek pembangunan kesihatan di seluruh Sabah
00:52termasuk 32 projek fizikal hospital dan klinik serta 21 projek bukan fizikal
00:58berkaitan pendigitalan dan peralatan perubatan.
01:02Dr. Zulkifli berkata, peruntukan kesihatan untuk Sabah juga dijangka
01:06meningkat 5% setiap tahun dan diunjurkan mencecah RM4 bilion menjelang RM2030
01:11selain KKM meluluskan RM4.3 juta untuk beberapa hospital daerah bagi keperluan segera.
01:19Selain itu, kerajaan juga bercadang memperluas pendigitalan kesihatan
01:23bagi mempercepat penghantaran bekalan kritikal dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan
01:27terutama di kawasan terpencil.
Comments