00:00Badan pengawal selia dan agensi berwajib ditekan supaya segera melakukan penilaian semula yang menyeluruh serta mengambil tindakan tegas terhadap drama
00:11yang sarat babak berunsur gairah sambil diselubungi alasan ia sekadar karya seni atau usaha membuka mata masyarakat.
00:21Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Hassan berkata kementeriannya sedar kemarahan orang ramai berhubung perkara
00:29ini.
00:32Tegasnya tindakan perlu diambil sekiranya didapati melanggar garis panduan yang sedia ada. Penyebaran potongan babak melampau di media sosial turut
00:41dikuatiri menjadi perkara buruk yang dianggap biasa yang boleh merosakkan perkembangan jiwa remaja.
00:46Dr. Zulkifli turut mengingatkan penggiat seni serta pemilik saluran agar tidak meletakkan jumlah tontonan dan keuntungan lebih tinggi berbanding keberkatan
00:55serta nilai agama dalam hasil kerja mereka.
00:59Untuk itu, kerjasama erat bersama JAKIM dan agensi berkaitan akan diperkukuh bagi memperketatkan semakan kandungan berpandukan garis panduan rasmi sedia
01:08ada demi menjaga maruah serta kesucian agama di negara ini.
01:12Tambahnya, setiap karya yang disiarkan kepada ramai masyarakat perlu kekal dalam batas yang dibenarkan.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments