Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Durian segar Malaysia berpotensi melepasi pemeriksaan kastam di China dalam tempoh tiga hingga empat jam menerusi mekanisme Smart Durian Fast Track yang sedang diterokai melalui kerjasama MAHB, China Henan Aviation Group dan Tropika Makmur Manufacturing.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Durian segar Malaysia berpotensi melepasi pemeriksaan kustom di China dalam tempoh 3 hingga 4 jam
00:07menerusi satu mekanisme laluan pantas yang sedang diterokai.
00:12Mekanisme yang dikenali sebagai Smart Durian Fast Track
00:16sedang diterokai melalui kerjasama antara Malaysia Airpods Holdings Berhad, MAHB,
00:21China Henan Aviation Group dan Tropica Makmur Manufacturing Sendirian Berhad.
00:28Smart Durian Fast Track bertujuan memudahkan pergerakan durian Malaysia dan produk pertanian sensitif masa
00:34secara lebih pantas, telus dan terselaras antara KLIA dan lapangan terbang antarbangsa Zhengzhou, Xinjiang di China.
00:42Inisiatif itu diterokai melalui Memorandum Persefahaman Tiga Pihak yang dimeterai Sempena Maha 2026 di MAHB, Serdang.
00:50Inisiatif itu juga akan meneliti penambahbaikan dalam aspek pengendalian dan pemeriksaan,
00:55penyelarasan kustom, akses zon bebas serta keterlihatan permit dan pensijilan.
01:01Kata MAHB Malaysia Durian and Tropical Fruit Export Center atau MADTAC
01:06akan digunakan sebagai entiti perintis bagi meneroka penubuhan koridor khusus
01:11dan platform logistik rantaian sejuk untuk ekspor durian segar.
01:15Kerjasama itu akan memulihkan produk mudah rosak Malaysia bergerak dengan lebih cekap
01:19dalam rantaian bekalan.
Comments

Recommended