Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Sebuah tren penumpang merempuh treler lori yang masih berada di atas landasan, selepas kenderaan itu gagal keluar dari lintasan kereta api ketika palang keselamatan diturunkan di Poland, Khamis.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Detik cemas sebuah tren penumpang merempuh trailer lori yang terperangkap di atas landasan dirakam kamera lita tertutup CCTV di Poland
00:09pada Khamis.
00:10Rakaman yang dikeluarkan Polish Railway Lines menunjukkan lori berkenaan sedang melintasi landasan ketika palang keselamatan mula diturunkan.
00:21Pemandu lori kemudian memberhentikan kenderaannya di atas landasan manakala seorang individu di lokasi dilihat cuba memberi amaran mengenai tren yang
00:29bakal tiba.
00:30Menurut syarikat kereta api itu, individu berkenaan meminta pemandu lori memecahkan palang keselamatan dan segera keluar dari landasan.
00:38Namun beberapa saat kemudian sebuah tren penumpang merempuh bahagian trailer lori berkenaan dengan kuat menyebabkan serpihan bertaburan.
00:45Dalam kejadian itu, pemandu lori tidak mengalami kecederaan manakala pemandu tren dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
00:53Tiada penumpang dilaporkan cedera dengan pihak kereta api mengingatkan pemandu supaya memecahkan palang keselamatan jika kenderaan terperangkap di lintasan ketika
01:02tren menghampiri.
Comments

Recommended