00:00Baik, Malaysia akan menghantar pasukan mencari dan menyelamat khas Malaysia SMART ke Nepal seawal Sabtu.
00:06Ia susulan ke lulusan rasmi daripada Kerajaan Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas akibat banjir dan
00:15tanah runtuh baru-baru ini.
00:18Kata Kementerian Luar dalam kenyataan pada Jumaat, pasukan 11 anggota itu akan dilengkapi drone berkeupayaan tinggi serta peralatan khusus bagi
00:27menyokong operasi yang diketuai pihak berkuasa Nepal di kawasan yang memerlukan kepakaran teknikal dan keupayaan operasi khas.
00:36Bagaimanapun, penghantaran pasukan itu tertakluk kepada keperluan operasi dan tahap keselamatan.
00:41Setakat ini, seramai 55 rakyat Malaysia masih dilaporkan gagal dihubungi.
00:47Pasukan tambahan yang dikerahkan oleh Wisma Putra juga telah tiba di Katmandu dan sedang membantu Kedutaan Besar Malaysia dalam menyelaraskan
00:56tindakan bersama pihak berkuasa Nepal berhubung usaha mencari serta mengenalpasti rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi.
01:04Ini termasuk penyelarasan penggunaan sampel DNA bagi tujuan pengecaman.
01:09Di Malaysia, persediaan berkaitan pengecaman sedang berjalan, merangkumi pengumpulan dan analisi sampel DNA daripada waris terdekat oleh Polis Diraja Malaysia
01:19dan Jabatan Kimia Malaysia dengan kerjasama kementerian.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments