Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Wilayah Zhejiang di timur China meningkatkan langkah kesiapsiagaan susulan Taufan Krovanh yang dijangka melanda kawasan itu dalam tempoh 48 jam akan datang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pihak berkuasa di wilayah Zijiang, Timur Cina meningkatkan tahap kesiapsiagaan susulan taufan Krovan.
00:06Taufan ke-24 tahun ini yang kini memasuki zon amaran 48 jam.
00:12Pentadbiran keselamatan maritim Zijiang telah mengaktifkan tindak balas kecemasan tahap 4,
00:18manakala penguatkuasa maritim di bandar Taijou.
00:21Memperhebat rondaan di laut serta mengarahkan semua kapal mengambil langkah berjaga-jaga.
00:29Syarikat perkapalan, pelabuhan dan unit pembinaan maritim turut diarahkan memantau perkembangan cuaca secara rapi.
00:36Pelancar yang merancang ke pulau-pulau peranginan dinasihatkan menyemak jadual feri dan menangguhkan perjalanan jika perlu.
00:43Talian bantuan kecemasan turut dibuka bagi menghadapi sebarang insiden.
00:47Di Yuhuan, di bawah pentadbiran Taizou, kesemua 10 laluan feri penumpang digantung selepas sejak Khamis,
00:54semua kapal diarahkan kembali ke pelabuhan dan berlindung di kawasan saw yang ditetapkan.
01:00Pada masa sama, pihak berkuasa melaksanakan penutupan pelabuhan,
01:04memperkukuh kemudahan awam serta memindahkan penduduk di kawasan berisiko.
01:09Kaunter tiket di terminal turut ditutup manakala paparan elektronik memaklumkan pegantungan ke semua perkhidmatan.
01:15Petugas juga dilihat menasihati pengunjung supaya membatalkan perjalanan ke pulau selain memasang pita amaran
01:21dan memperkukuh kemudahan pelabuhan sebagai persediaan menghadapi angin kencang.
01:26China menggunakan sistem tindak balas kecemasan bencana empat peringkat dengan tahap satu sebagai amaran tertinggi
01:32dan tahap empat sebagai tahap paling rendah.
Comments

Recommended