Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
JAS memperketat pemantauan kualiti udara dan operasi mencegah pembakaran terbuka selepas Serian diisytihar darurat apabila IPU mencecah 477. Tindakan penguatkuasaan diperkukuh di kawasan berisiko tinggi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Alam Sekitar JAS akan meningkatkan kesiap-siagaan dan pemantauan kualiti udara ke tahap tertinggi berikutan pengisytiharan darurat di bahagian
00:08serian Sarawak selepas Indeks Percamarat Udara IPU mencecah paras berbahaya 477 malam tadi.
00:14Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JAS Azuri Azizah Saeedon, Jabatan itu memandang serius perkembangan kualiti udara semasa dan terus memperkukuh
00:22pemantauan serta tindakan di lapangan selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan PTJK dan arahan NADMA No.1 Dasar dan Mekanisme
00:31Pengurusan Bencana Negara.
00:35Beliau berkata pengurusan bencana secara keseluruhan pula dilaksanakan secara bersepadu bersama-sama agensi pengurusan bencana negara NADMA, kerajaan negeri dan
00:43agensi berkaitan mengikut peranan, fungsi dan bidang kuasa masing-masing.
00:48Setakat malam Jumaat, selain serian, tiga lagi kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu Kucing
00:55299, Samarahan 286 dan Seri Aman 247.
01:01Selain itu, 18 kawasan di seluruh negara turut berada pada tahap tidak sihat.
01:06Bagi menangani situasi ini katanya, JAS Sarawak memperkukuh operasi mencegah pembakaran terbuka OMPT melalui rondaan berfokus di lokasi berisiko tinggi
01:15seperti kawasan tarah gambut, hutan, tapak pelepusan sampah dan tapak pertanian.
01:21Azuri Azizah berkata, JAS akan terus mengemukakan maklumat berkaitan perkembangan situasi, hasil pemantauan, rondaan, OMPT dan tindakan penguatkuasaan secara berkala
01:31mengikut mekanisme pelaporan yang ditetapkan bagi memastikan perkembangan situasi dapat dinilai secara berterusan dan tindakan sewajarnya dapat diselaraskan.
01:40Orang ramai diminta segera melaporkan sebarang kejadian kebakaran atau pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia melalui talian 999
01:49atau JAS melalui talian bebas TUL 1800 88 2727 bagi membolehkan tindakan segera diambil.
Comments

Recommended