Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Menurut kenyataan bersama Kementerian Luar (MFA) dan Pasukan Polis Singapura (SPF), seramai 52 rakyat Singapura ditahan di Guangxi, China, selepas satu operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti yang disyaki skim piramid dan kesalahan berkaitan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai 52 rakyat Singapura ditahan di Guangxi, China
00:04selepas satu operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti yang disyaki skim piramid
00:08dan kesalahan berkaitan.
00:11Kenyataan bersama Kementerian Luar MFE dan Pasukan Polis Singapura SPF
00:15memaklumkan siasatan oleh pihak berkuasa China sedang dijalankan.
00:22Menurut kenyataan itu, SPF telah menghubungi pihak berkuasa China
00:25untuk mendapatkan maklumat lanjut,
00:27manakala MFE berhubung dengan pihak berkuasa China
00:30menerusi kedutaan Singapura di Beijing
00:31dan Konsulat General Singapura di Guangzhou.
00:34MFE telah mengadakan lawatan konsular kepada kesemua 52 rakyat Singapura tersebut
00:39bagi memantau keadaan serta memberikan bantuan konsular.
00:43Antara lain mengekalkan hubungan dengan ahli keluarga terdekat mereka.
00:47Tambah kenyataan, Kerajaan Singapura tidak campur tangan
00:49dalam sistem kehakiman negara asing,
00:51sama seperti Republik itu mengharapkan Kerajaan asing
00:54menghormati undang-undang dan proses perundangan negara itu.
00:59Selain itu, MFE akan terus berhubung dengan pihak berkuasa China
01:02serta memberikan bantuan konsular kepada rakyat Singapura terbabit
01:05dan keluarga mereka.
01:07Singapura juga akan menegaskan rakyatnya yang terbabit
01:10perlu melalui proses sewajarnya selaras dengan undang-undang China.
01:13rakyat Singapura turut diingatkan supaya berhati-hati
01:17apabila diundang untuk menyertai skim yang melibatkan pengambilan peserta
01:21atau pembayaran wang dalam jumlah yang besar di peringkat awal
01:24sama ada di luar negara mahupun di dalam negara.
Comments

Recommended