00:00Malaysia dan Mekau bersetuju memperkukuh kerjasama ekonomi dengan memberi tumpuan kepada perdagangan dan pelaburan, kewangan, sains dan teknologi, pendidikan serta
00:10industri, konvensyen dan pameran.
00:13Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan yang semakin erat antara kedua-dua pihak berpotensi membuka lebih banyak peluang
00:20kepada syarikat Malaysia untuk menembusi pasaran Mekau dan seterusnya ASEAN.
00:27Anwar berkata demikian selepas menerima kunjungan ketua eksekutif wilayah pentadbiran khas Mekau Sar Sam Hoi Fai dalam lawatan sulung beliau
00:36ke Malaysia sejak memegang jawatan berkenaan pada Disember 2024.
00:42Menerusi satu hantaran di media sosial beliau pada Jumaat, Anwar berkata Malaysia turut menyambut baik pemerintah yang beberapa perjanjian perniagaan
00:50antara syarikat Malaysia dan Mekau yang berlangsung pada Khamis.
00:54Katanya kedudukan strategi Mekau dan Heng Chin yang mempunyai hubungan dengan Greater Bay Area mampu dimanfaatkan bagi mewujudkan lebih banyak
01:03peluang perniagaan kepada syarikat tempatan.
01:07Kedudukan itu menurutnya membolehkan Malaysia memperkukuh peranannya sebagai pintu masuk kepada perniagaan Mekau yang mahu meneroka pasaran ASEAN.
01:16Dalam hal itu, Anwar berkata perbincangan juga menyentuh usaha memperluas hubungan rakyat antara Malaysia dan Mekau terutama melalui bidang pendidikan
01:25dan pelancongan.
01:27Beliau berkata terdapat potensi untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor pelancongan halal dan mesra Muslim khususnya bersempena tahun Melawak Malaysia 2026.
01:37Tambahnya Malaysia bersedia menerjemahkan hubungan yang semakin kukuh itu kepada kerjasama yang praktikal, bermakna dan saling menguntungkan selaras dengan semangat
01:47perkongsian strategik komprehensif Malaysia-Cina.
01:51Terima kasih kerana menonton!
Comments