Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Menurut Pegawai Komunikasi Strategik & Media Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Haref Hohpin, kandungan di media sosial khususnya berkaitan isu yang pada asalnya kecil atau berkaitan fakta dan dasar berpotensi dibingkaikan sebagai isu kaum atau agama sekali gus menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rakyat Malaysia terutamanya golongan belia perlu lebih kritikal terhadap kandungan di media sosial dan tidak membiarkan algoritma menentukan siapa yang
00:08patut ditakuti, dimarahi atau dibenci.
00:11Pegawai Komunikasi Strategik dan Media kepada Timbalan Menteri Perparuan Negara, Harif Hopin berkata, media sosial berupaya mempercepat penyebaran naratif yang
00:20boleh memecah belahkan masyarakat.
00:22Bagi itu cepat, kadang-kadang kita tengok satu isu yang sepatutnya kita bincangkan benda itu adalah pasal fakta dan dasar,
00:30tetapi apabila ia sudah dibawa dengan naratif seperti kaum kita akan terancam, contohnya,
00:36dan dibangkitkan pula agama kita ini sedang dicabar kononnya. Tapi terus perbincangan yang daripada fakta dan dasar itu terus menerumuskan
00:48ke arah perbincangan yang ke arah negatif.
00:50Perbincangan yang menghasut orang untuk benci sesama sendiri. Itu yang kita, orang kat situ dah lari dah, dah jadi tak
01:01faham isu lah.
01:03Tetapi dekat situ mula nak mempertahankan identiti masing-masing, oh agama, bangsa aku lebih hebat, bangsa aku lebih segala-galanya
01:10berbanding yang lain kan.
01:12Dan saya rasa satu lagi, media sosial juga lebih mempercepatkan lagi perkara ini.
01:18Dahulunya, mungkin dulu naratif-naratif sebegini mungkin mengambil masa, sangat mengambil masa untuk tersebar.
01:27Dalam peritu, penyelaras program Apa Kata Wanita Orang Asli, Eliana Tan Benghui berkata,
01:32perpaduan yang kukuh juga dapat diterjemahkan melalui sokongan masyarakat daripada pelbagai kaum terhadap komuniti orang asli.
01:40Sebab bila kita bersatu, bersuara bersama-sama, suara kita, instead of isu yang dihadapi oleh komuniti orang asli,
01:48penindasan hak yang berlaku kepada orang asli, bila kaum lain sebagai rakyat Malaysia, advocate, suarakan kebimbangan komuniti lain,
01:58guna platform yang sedia ada, itu menjadikan kita lebih kuat.
02:02Dan itu, secara tak langsung, harmoni itu akan kekal dan akan wujud.
02:08Kedua-dua pandangan berkenaan disuarakan dalam program Dialog Anak Muda yang disiarkan pada Jumaat.
Comments

Recommended