Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kerajaan kini sedang meneliti mekanisme yang sesuai bagi memastikan perintah nafkah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JKSM bersama agensi berkaitan sedang meneliti beberapa kekangan bagi memastikan hak wanita dan anak-anak yang
00:09menerima perintah nafkah dapat dilaksanakan.
00:13Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Marhamah Rosli berkata,
00:17kerajaan sedang memperkukuh mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan perintah nafkah yang diputuskan Mahkamah Syariah tidak sekadar menjadi keputusan di atas kertas.
00:28Kita sudah ada langkah-langkah. Selain daripada kita memastikan agar pelaksanaan ini bukan hanya di atas kertas sahaja,
00:37tetapi dapat dijalankan melalui penguatkuasaan, pihak JKSM dan agensi-agensi berkaitan sedang merangka perkara-perkara yang perlu
00:46agar memastikan mereka yang mendapat penghakiman ini, judgement ini untuk mereka ini tidak lari daripada penghakiman yang telah diberikan.
00:59Pada masa sama, kerajaan turut menyediakan bantuan kepada mereka yang gagal menerima nafkah daripada bekas suami.
01:06Marhamah berkata penerima boleh mendapatkan bantuan menerusi agensi berkaitan,
01:10sementara usaha memastikan perintah nafkah dipatuhi terus dilaksanakan.
01:15Mereka yang gagal menerima nafkah daripada mantan suami sebenarnya boleh mengadu kepada agensi-agensi berkaitan
01:22dan ada bantuan-bantuan yang disediakan sebenarnya, sangat banyak.
01:25Jumlahnya itu saya tidak ingat tapi jumlahnya memang jutaan ringgit telah dikeluarkan untuk membantu mereka yang tidak mendapat nafkah ini.
01:31Sebagai pendahuluanlah.
01:33Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Rakan Suluh Komuniti, RSK Siri 2 dan Ops nafkah tahun 2026 ditawar pada Khamis.
01:42Mengikut statistik, kes berkaitan perintah nafkah serta kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah bagi tahun 2026,
01:503,312 kes direkodkan di seluruh negara.
01:53Dengan wilayah persekutuan mencatatkan 233 kes, negeri 9 204 kes, Sabah 199, Terengganu 178, Kelantan 147 dan Selangor 662 kes.
Comments

Recommended