00:00Seterusnya, Persatuan Dr. Gigi Malaysia, MDA, mohon kerajaan mempertimbangkan peluasan skim peduli kesihatan untuk kumpulan B40 atau peka B40 untuk
00:11merangkumi pemeriksaan asas dan rawatan penting pergigian.
00:15Presidennya Dr. Chong Jin Feng berkata mereka berharap Perdana Menteri, Datuk Seriano Ibrahim, akan memperuntukkan dana bagi perkara tersebut pada
00:22Belanjawan 2027.
00:27Katanya langkah itu tepat pada masanya dalam mengiktiraf kesihatan mulut sebagai sebahagian daripada kesihatan umum, terutamanya memandangkan beban penyakit mulut
00:36di Malaysia kekal besar.
00:38Plan Strategik Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2022-2030 Kementerian Kesihatan melaporkan 94.5% orang dewasa terjejas dengan penyakit periodontal pada
00:502020.
00:51Pada peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO menganggarkan penyakit mulut menjejaskan kira-kira 3.7 bilion orang.
01:00Manakala keris gigi yang tidak dirawat pada gigi kekal sebagai keadaan kesihatan paling lazim di dunia mengikut Global Burden of
01:07Disease 2021.
01:09Jenfeng berkata keris gigi dan penyakit periodontal tidak harus hanya dilihat sebagai masalah yang menjejaskan gigi dan gusi.
01:17Sebaliknya, sebagai penyakit tidak berjangkit atau NCD yang meluas serta berkongsi faktor risiko dengan NCD utama lain termasuk pengambilan gula
01:24yang tinggi, penggunaan tembakau dan diet yang tidak sihat.
01:27Jenfeng berkata penjagaan pergigian di bawah peka B40 akan melangkaui peluasan faedah pergigian kerana dapat memperkukuhkan strategi penjagaan kesihatan pencegahan
01:38negara dengan menjadikan penjagaan kesihatan mulut yang penting lebih dekat kepada komuniti yang paling memerlukan.
01:45Selain itu, Malaysia mempunyai rangkaian pengamal pergigian awam dan swasta yang luas yang boleh menyumbang ke arah meningkatkan akses kepada
01:52pencegahan serta penjagaan pergigian dari peringkat awal.
01:56Pada 27 Ogos, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad dilaporkan berkata, KKM sedang meneliti cadangan memperluas saringan dan rawatan
02:04pergigian asas di bawah skim peka B40.
02:07Ia selari dengan kepentingan kesihatan pergigian sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan pencegahan dan pengurusan NCD.
Comments