00:00Keluarga Muhammad Adib Hafiq Kamal, salah seorang daripada tiga pelajar yang dikhawatiri lemas di pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar Kota
00:09Tinggi semalam, berharap mangsa dapat ditemukan hari ini dalam apa jua keadaan.
00:14Abang mangsa Muhammad Azril Haziq Kamal berkata, keluarganya kini hanya berharap jasad adik ini dapat ditemui segera untuk dibawa pulang.
00:25Katanya Adib, anak ketiga daripada lima beradik, tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.
00:31Malah sempat meluangkan masa bersama keluarga sejak beberapa hari kebelakangan ini.
00:38Dia macam ni cakap, awal-awal masih dengar cerita yang adik saya lemah, saya geram. Saya bukan sedih, saya geram.
00:44Kenapa kau pergi mandi? Tapi bila lama-lama cari tak jumpa, dia lama-lama redoh tau.
00:50Macam, takpelah makcik. Mereka boleh terima sebab ingatkan kalau dalam masa sejam, dua jam tu boleh jumpa kan.
00:57Mungkin adalah, dia sangkut kat batu ke masih nyawa-nyawa ikan boleh lagi terima.
01:01Tapi kalau dah lebih satu hari ni, dah redoh.
01:06So harapan keluarga mesti nak jumpa dia. Tak kisahlah macam mana pun rupa dia, at least jumpa.
01:13Ujar Muhammad Azril, kali terakhir dia berjumpa adiknya itu adalah pada ahad lalu.
01:18Ketika itu, semua ahli keluarga berkumpul di rumah mereka di Felda Simpang Waha di Kota Tinggi.
01:25Jelasnya mangsa turut sempat meminta izin daripada atuk dan neneknya untuk pergi berkemah bersama kawan-kawan.
01:31Malah datuk dan neneknya turut berpesan supaya tidak mandi di pantai.
01:35Namun mungkin adiknya itu ingin mencuba.
01:38Empat remaja dikuatiri lemas, manakala dua berjaya diselamatkan selepas mandi di pantai berkenaan, kira-kira 8 pagi rabu.
01:46Mayat mangsa pertama, Alif Takiyuddin Kamal Hasrul Muhammad, berusia 16 tahun, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat.
01:52Dengan bantuan penduduk kampung jam 1.25 petang.
01:56Kira-kira 800 meter dari lokasinya dilaporkan lemas.
01:59Selain adik, dua lagi masih belum ditemui adalah Muhammad Takif Rayyan Rumainur dan Muhammad Haiman dengan kesemuanya berusia 16 tahun.
Comments