Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan serta pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman OPR pada 2.75%.
00:06Ia sekaligus mencatatkan kadar tidak berubah untuk kali ke-8 berturut-turut sejak Julai 2025.
00:14Khususan itu dibuat pada Mencuarat Jawatan Kuasa Dasar Monetari atau MPC Bank Negara sebentar tadi.
00:22Dalam kenyataan, BNM berkata ekonomi Malaysia berkembang kukuh sebanyak 5.7% pada separuh pertama 2026
00:29walaupun berdepan persekitaran global mencabar.
00:33Pertumbuhan itu didorong prestasi ekspor lebih kukuh daripada jangkaan serta permintaan dalam negeri yang kekal mampan.
00:40Momentum pertumbuhan utuh dijangka menyebabkan pertumbuhan bagi tahun 2026 pada sekitar 5%
00:45dan asas-asas ekonomi yang mantap akan mengekalkan daya tahan pertumbuhan pada 2027.
00:52BNM menjelaskan pertumbuhan ekonomi akan terus disokong sektor luaran,
00:56sesulan prospek pertumbuhan global bertambah baik serta permintaan mampan terhadap barangan elektrik dan elektronik E&E
01:03dan ekspor bukan E&E berkaitan teknologi.
01:06Dalam pada itu, BNM berkata inflasi keseluruhan dan inflasi teras bagi tempoh 7 bulan pertama tahun ini
01:13masing-masing berpurata pada 1.8% dan 2%.
01:17Meskipun kos kekal tinggi dan pertumbuhan ekonomi kukuh,
01:21pindahan kepada harga pengguna dibendung langkah dasar dalam negeri serta keadaan permintaan yang stabil.
01:28BNM menambah petunjuk terkini merekodkan pertumbuhan global kekal berdaya tahan
01:33di sokong pengembangan teknologi global yang kukuh, keadaan bekalan bertambah baik dan pasaran pekerja stabil.
01:39Pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat pendirian dasar moneteri adalah konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan
01:48serta pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Comments

Recommended