Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Vitafoods Asia 2026 yang diadakan dari 2 hingga 4 Sept 2026 di Pusat Konvensyen Kebangsaan Queen Sirikit (QSNCC) menghimpunkan lebih 800 syarikat dari 40 negara dalam industri nutraseutikal dan makanan fungsian.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Malaysia dan Thailand berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak 30 bilion dolar Amerika.
00:08Tahun depan, ia didorong prestasi kemajuan yang positif dalam tempoh 8 bulan pertama tahun ini.
00:18Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Wan Zaidi Wanabullah berkata, beberapa siri pertemuan dengan pelbagai pihak telah diadakan
00:24bagi memudah cara urusan ekspor dan import produk antara kedua-dua negara.
00:30bagaimanapun, isu dokumentasi produk terus menjadi halangan utama untuk ekspor barangan Malaysia ke pasaran Thailand.
00:38Justru beliau berharap pihak berkuasa di Malaysia dapat membantu pengeluar produk menyediakan dokumentasi dari segi pengesahan produk dan sebagainya
00:45untuk tujuan kelulusan, pemasaran atau kemasukan produk ke Thailand.
00:51Wan Zaidi berkata, kumpulan teknikal dari Malaysia dan Thailand akan terus berbincang untuk mencapai kata sepakat
00:56bagi memudahkan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.
01:00Selain itu, syarikat Malaysia yang menyertai Vita Foods Asia 2026 di Bangkok, Thailand
01:06mempunyai keupayaan tinggi untuk menghasilkan produk kesihatan
01:09dan mampu membekalkan produk tersebut kepada pelbagai syarikat antarabangsa
01:12yang memenuhi keperluan pasaran tempatan.
01:16Vita Foods Asia 2026 yang diadakan dari 2 hingga 4 September lalu
01:20di Pusat Konvensyen Kebangsaan Queen Circuit menghimpunkan lebih 800 syarikat dari 40 negara
01:25dalam industri nutraceutical dan makanan fungsian.
Comments

Recommended