00:00Donor Indeks, pengurus pembelian atau PMI pembuatan ASEAN S&P Global menurun kepada 52.3 pada Ogos berbanding 52.8
00:09pada Julai.
00:11Ia menurun sedikit tetapi masih mencatatkan peningkatan yang kukuh dalam sektor pembuatan di rantau ini.
00:18Menurut S&P Global, kadar pertumbuhan itu sebahagian besar disebabkan oleh pertumbuhan pengeluaran yang perlahan walaupun masih kukuh.
00:27Jelas syarikat itu guna tenaga dan stok pembelian turut menurun, masing-masing mencatatkan pengurangan kali keempat dalam tempoh empat bulan
00:35lepas walaupun penurunan adalah kecil.
00:38Tunggakan terus meningkat pada kadar yang sama seperti Julai menunjukkan tekanan berterusan dan kuat ke atas kapasiti.
00:45S&P Global memaklumkan aktiviti pembelian turut meningkat walaupun pada kadar perlahan.
00:50Pemacu utama sektor itu ialah peningkatan pesanan baru yang pesat dan hampir mencecah rekod dengan pertumbuhan kekal kukuh dan hanya
00:59rendah sedikit daripada paras tertinggi tinjauan pada Februari.
01:02Turut memberi dorongan ialah keadaan harga yang menggalakkan.
01:06Selain itu, tekanan inflasi terus menurun dengan beban kos dan charge meningkat pada kadar paling lemah dalam tempoh enam bulan.
01:13Sektor pembuatan ASEAN terus mencatatkan peningkatan kukuh pada Ogos di sokong keadaan permintaan yang berdaya tahan, terutamanya dalam pasaran domestik.
01:22Sementara itu, keyakinan terhadap prospek tahun depan mengukuh pada Ogos dengan indeks aktiviti masa depan meningkat untuk bulan kedua berturut
01:30-turut bagi mencapai paras tertinggi dalam tempoh hampir empat tahun.
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments