00:00Akhir sekali, golongan pekebun kecil menyumbang 88.7% kepada pengeluaran getah asli negara sehingga Jun lepas.
00:09Ia sekaligus membuktikan peranan penting mereka dalam memastikan kelangsungan industri komoditi itu.
00:18Menteri Peladangan dan Komoditi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata,
00:22kesejahteraan dan keperluan pekebun kecil sentiasa menjadi keutamaan kementerian.
00:26Ini termasuk memastikan mereka mendapat akses mudah kepada maklumat, bantuan, khidmat nasihat serta teknologi.
00:34Industri getah bukan sekadar pengeluaran dan nilai ekspor, sebaliknya turut membabitkan peranan yang dimainkan oleh pekebun kecil.
00:41Noraini berkata pelaksanaan kaunter gerak menerusi konsep pusat senti dapat membawa perkhidmatan kerajaan lebih dekat kepada pekebun kecil
00:49dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan di satu lokasi.
00:52Beliau menambah ia membolehkan pekebun kecil mendapat maklumat dan khidmat nasihat
00:57serta mengemukakan permohonan berkaitan industri getah dengan lebih mudah.
01:02Dalam perkembangan berkaitan, Noraini berkata pelaksanaan projek rintis model baharu insentif pengeluaran Latex Plus IPL Plus
01:09di Kedah sejak 2024 membabitkan 111 pekebun kecil dalam empat kluster.
01:14Sehingga Ogos 2026, projek ini telah menghasilkan lebih 110,000 kg latex dan menjana pendapatan terkumpul sekitar RM1.37 juta.
Comments