00:00Temu kembali operasi mencari dan menyelamat SAR tiga lagi remaja yang masih hilang selepas dikhawatiri lemas.
00:08Diperluaskan sehingga dua batu nautika dari barat di pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, Kota Tinggi hari ini.
00:15Ia selepas seorang mangsa sebelum ini ditemukan lebih 500 meter dari lokasi kejadian.
00:23Memangku pengarah maritim Zon Tanjung Sedili, Komanda Maritim Mohd Najib Sam berkata keadaan itu menimbulkan kemungkinan mangsa lain turut dihanyutkan
00:30arus keluar dari kawasan asal kejadian.
00:33Pencarian turut dilakukan di laut dan darat bagi mengesan sebarang petunjuk.
00:38Cuma sekarang ini kita fokus kepada drone untuk pencarian yang lebih sebabnya drone kita boleh pergi ke 20 kilometer persegi,
00:46kawasan pantai.
00:47So kat situ ada kelebihan sikit daripada kita lah untuk kita beri harapan kepada waris mangsa.
00:54Setakat ini daripada pihak bomba juga?
00:56Daripada pihak jawatan bomba Malaysia ada juga terbangkan drone, daripada maritim juga ada.
01:01So dua drone diterbangkan dan beberapa sesi lah.
01:07So pagi ini daripada maritim ada dua sesi, sama juga dengan pihak bomba pun dua sesi.
01:12Mungkin lepas jam tengah hari nanti bila air start air pasang kita akan buat lebih.
01:16Dari kata demikian pada sidang media semasa operasi mencari dan menyelamat di pantai Tanjung Lompat di Bandar Penawar, Kota Tinggi
01:23Johor.
01:23Menurut Najib, operasi SAR bagi mengesan tiga mangsa berkenaan dimulakan semula seawal jam 7 pagi.
01:29Membabitkan 41 anggota daripada pelbagai agensi.
01:33Aset yang digunakan termasuk sebuah aset agensi penguatkuasaan maritim Malaysia,
01:36dua bot polis diraja Malaysia, sebuah bot jabatan bomba dan penyelamat Malaysia,
01:41serta angkatan pertahanan awam Malaysia, selain bantuan komuniti setempat.
01:46Mengulas keadaan cuaca pula, Najib berkata keadaan laut pada sebelah pagi kami sedikit berombak,
01:51dengan ketinggian kira-kira 1.15 meter.
01:55Keadaan dijangka berubah apabila air mula pasang sekitar tengah hari.
01:58Selain cuaca pada sebelah petang, kemungkinan lebih buruk.
02:02Pihak berkuasa negara jiran juga dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan
02:05menerusi Maritime Rescue Subcenter atau MRSC Johor Bahru.
02:10Bagaimanapun, pencarian ketika ini masih ditumpukan dalam perairan Malaysia.
Comments