Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Semua hasil kutipan akan disalurkan ke Dana SAF berkanun bagi membiayai pembelian SAF dan ciri-ciri alam sekitar (EA) berkaitan, selain menampung kos pentadbiran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, Singapura akan mula mengenakan levy bahan api penerbangan MAMPAN atau SAF terhadap penumpang yang melepas dari negara itu
00:07bermula 1 Januari 2027.
00:10Ia sebagai sebahagian usaha untuk menyokong peralihan sektor penerbangan pada bahan api yang lebih bersih.
00:16Penguasa penerbangan awam Singapura, CAS, berkata levy itu akan dikenakan bagi tiket dan perkhidmatan yang dijual bermula 1 Oktober 2026
00:25serta perlu dinyatakan dalam pecahan tambang bersama Cukai dan juga Caj yang lain.
00:34Menurut kenyataan, semua hasil kutipan akan disalurkan ke dana SAF berkanun bagi membiayai pembelian SAF dan ciri-ciri alam sekitar
00:42EA berkaitan selain menampung kos pentadbiran.
00:46Sementara itu, CAAS berkata pelaksanaan levy SAF bagi penghantaran kargo udara akan ditangguhkan selama setahun.
00:55Levy bagi kargo akan dikenakan terhadap perkhidmatan yang dijual mulai 1 Oktober 2027 bagi penerbangan yang berlepas dari Singapura mulai
01:031 Januari 2028.
01:06Dengan mengambil kira maklum balas industri, penangguhan selama setahun itu akan memberi lebih masa kepada CAAS untuk bekerjasama dengan pihak
01:15industri dalam membangunkan dan melaksanakan mekanisme kutipan levy SAF yang kukuh bagi penghantaran kargo dalam penerbangan yang berlepas.
01:23Ketua pengarah CAAS Han Kokjuan berkata, agensi itu bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan serta rakan industri global lain bagi mewujudkan
01:34rangka kerja kukuh untuk kutipan levy SAF, perolehan serta pengurusan ciri-ciri alam sekitar.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended