Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
ADUN Penawar, Fauziah Misri berkata, kawasan tersebut kebanyakannya digunakan nelayan tempatan untuk aktiviti menangkap ikan, dan kejadian pelajar lemas yang berlaku di kawasan itu merupakan insiden kali pertama.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pantai Tanjung Lompat di Bandar Penawar itu bukan kawasan yang dibuka kepada orang awam untuk aktiviti riadah, termasuk mandi-manda
00:07atau berkelah.
00:08Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun Penawar Fauziah Misri berkata kawasan itu juga tidak diselenggara oleh mana-mana pihak.
00:18Katanya kawasan tersebut kebanyakannya digunakan nelayan tempatan untuk aktiviti menangkap ikan dan kejadian pelajar lemas yang berlaku di kawasan itu
00:26merupakan insiden kali pertama.
00:28Fauziah dalam pada itu berkata bantuan sewajarnya akan diberikan kepada keluarga mangsa yang terlibat.
00:35Pihak saya dengan beberapa agensi dan kami selalu memantau kebajikan malam tadi pun YB Muzahidi, Adun Sedeli sendiri datang melihat
00:48keluarga mangsa.
00:50Memandangkan keluarga mangsa ini berasal daripada Adun Sedeli dan kami juga bergandung bahu untuk memastikan kebajikan keluarga mangsa ini terjamin.
01:01Beliau menambah pihaknya akan berbincang dengan pihak berwajib untuk memasang papan tanda amaran di kawasan berkenaan.
01:10Sementara itu pengusaha sukan luncur air Ahmad Syahir Muhammad Zainuddin berkata pergerakan air yang kuat serta dasar pantai yang tidak
01:17sekata turut menambah risiko di kawasan tersebut.
01:20Sebenarnya pantai ini pantai ada landai. Dia tak membayar sangat untuk swimmer kalau nak berenang kat sini.
01:27Cuma sekarang ini keadaan yang angin selatan daripada bawah jadi itu yang jadi dia arus kuat.
01:35Jadi itu patutnya tak selamatlah untuk memandi untuk para swimmer dia.
01:42Lepas itu bila air pasang bergerak pasang dan surut arus dia agak kuat dan dia menarik ke laut.
01:49Empat remaja dikuatiri lemas manakala dua berjaya diselamatkan selepas mandi di pantai tersebut pada Rabu.
01:56Terdahulu kelihatan sekumpulan pelajar tahfiz dari Madrasatul Quran Al-Reddha, Taman Desaru Utama,
02:02membandangkan azan dan menunaikan solat hajat bersama ahli keluarga mangsa.
02:06Takkala operasi pencarian tiga remaja berjalan.
Comments

Recommended