Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Tentera Israel dilihat berkawal di bandar Qusra di Tebing Barat ketika pekerja majlis perbandaran membaiki infrastruktur yang rosak. Penduduk mendakwa peneroka Israel mengepung kawasan kediaman mereka selama hampir seminggu dalam ketegangan yang berterusan di wilayah itu.
Transcript
00:00Tentera Israel ditempatkan di Bandar Kusro di Tebing Barat ketika pihak berkuasa tempatan berusaha memulihkan kemudahan asas selepas penduduk mendakwa
00:08kawasan itu di Kepung Peneroka Israel selama hampir seminggu.
00:12Menurut kumpulan hak asasi manusia, tekanan yang semakin meningkat daripada Peneroka dilihat sebagai usaha memperluas kawalan ke atas tanah di
00:19Tebing Barat,
00:20sekaligus menjejaskan kawasan yang dituntut rakyat Palestine untuk penubuhan negara Palestine pada masa depan.
00:28Kehadiran anggota tentera dan kenderaan ketenteraan Israel berlaku serentak dengan kerja-kerja pembaikan yang dijalankan oleh pekerja Majlis Perbandaran Tempatan.
00:37Di bawah pemantauan tentera, kaki tangan perbandaran membaiki pipe air yang rosak di tepi jalan bagi memulihkan bekalan asas kepada
00:44penduduk setempat.
00:45Penduduk Kusro mendakwa kumpulan pendatang Israel telah mengepung beberapa kawasan kediaman sejak hampir seminggu lalu
00:51sebagai sebahagian daripada tekanan berterusan ke atas komuniti Palestine di kawasan tersebut.
00:58Isu penempatan dan penguasaan tanah kekal menjadi antara pertikaian utama dalam konflik berpanjangan antara Israel dan Palestine.
01:05Penduduk Palestine turut mendakwa terdapat layanan berbeza dari sudut penguasaan undang-undang di Tebing Barat.
01:11Menurut mereka, rakyat Palestine tertakluk kepada Undang-Undang Ketenteraan Israel,
01:16manakala pendatang Israel pula berada di bawah bidang kuasa Undang-Undang Sivil Israel.
01:20Mereka juga menuduh tentera Israel gagal mengambil tindakan mencukupi terhadap peneroka
01:26dan menggunakan perbezaan bidang kuasa tersebut sebagai alasan untuk tidak campur tangan dalam insiden yang berlaku.
01:33Terima kasih telah menonton!
01:33Terima kasih telah menonton!
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended