00:00Bertemu kembali.
00:01Sebanyak 23 stesen pemantauan sistem pengurusan indeks pencemar udara
00:06merekodkan bacaan indeks pencemar udara IPU pada tahap tidak sehat setakat 6 pagi pada Sabtu.
00:12Berdasarkan data APIMS, bacaan tertinggi direkodkan di stesen IPD Serian, Sarawak
00:17dengan IPU 167, diikuti Kucing 166 dan Serimanjung Perak 165.
00:24Terut merekodkan bacaan tidak sehat ialah Samarahan 163, Sibu 161, Seri Aman 161,
00:32Batu Muda Kuala Lumpur 159 dan Sya'alam Selangor 159.
00:37Ceras dan Putrajaya masing-masing mencatat IPU 158, manakala nilai Negeri Sembilan 156,
00:44Petaling Jaya dan Bintulu Sarawak masing-masing 154.
00:47Stesen Sarikei, Sarawak merekodkan IPU 154, diikuti Johan Setia, Selangor 153, Muka Sarawak 152,
00:57Tanjung Malim Perak 147 dan Kapit Sarawak 146.
01:02Beberapa stesen lain turut mencatat bacaan tidak sehat termasuk Tangkak Johor 140,
01:07Tawau Sabah 139, Bukit Rambai Melaka 131 serta Segamat dan Batu Pahat Johor yang masing-masing merekodkan IPU 112.
01:17Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sehat yang boleh memberi kesan kepada kesihatan,
01:24terutama golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan dan jantung.
Comments