00:00Dua anggota kumpulan muzik British Massive Attack diberi amaran keras dan dilarang memasuki semula Singapura
00:06selepas mengibarkan bendera Palestine ketika menamatkan persembahan mereka pada Rabu lalu.
00:12Polis Singapura dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa kedua-dua anggota kumpulan itu
00:18disiasat atas tindakan menunjukkan sokongan terhadap satu perjuangan politik serta mengibarkan bendera asing ketika konsep berlangsung.
00:27Menurut pihak berkuasa, mereka tidak lagi dibenarkan mengadakan persembahan di negara itu.
00:32Rekaman video oleh penonton Simran Panaj menunjukkan dua anggota kumpulan berkenaan mengangkat bendera Palestine
00:38di atas pentas sebelum melipatnya dan meninggalkan lokasi persembahan diiringi sorakan serta tepukan daripada penonton.
00:45Konsep tersebut berlangsung di Star Teater Singapura pada 29 Julai lalu.
00:50Pihak berkuasa Singapura menjelaskan bahawa negara itu tidak membenarkan paparan umum lambang
00:54atau bendera negara asing tanpa permit atau pengecualian khas.
00:58Isu berkaitan bendera Palestine dianggap sensitif sesudahan konflik yang berterusan di Gaza
01:02serta komposisi masyarakat Islam di Singapura.
01:06Kumpulan muzik British Massive Attack yang ditubuhkan di Bristol pada 1988
01:11sememangnya dikenali dengan pendirian politik mereka yang lantang.
01:15Sepanjang konsep berkenaan beberapa visual yang dipaparkan turut menyentuh konflik antarabangsa
01:19termasuk peperangan melibatkan Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran
01:23selain konflik di Sudan, Gaza dan Ukraine.
01:26Setakat ini pihak penganjur konsert Lushington serta Massive Attack
01:29masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
01:33Terima kasih telah menonton!
Comments