00:00Seterusnya, Indonesia berjaya memadamkan empat kebakaran hutan dan tanah yang menjejaskan keseluruhan kawasan seluas 16 hektare di empat provinsi.
00:10Pemangku Ketua Pusat Data Informasi dan Komunikasi Bencana, Agensi Nasional Pengurusan Bencana BNPB, Dodi Yuliova berkata,
00:19operasi dijalankan di Tranggale, Jawa Timur, Seragan, Jawa Tengah, Cianjur, Jawa Barat serta Siden Rang Rapang, Sulawesi Selatan.
00:32Beliau berkata kejadian terbaharu di Gunung Jabung, Tranggale pada Selasa memusnahkan satu hektare kawasan sebelum berjaya dipadamkan.
00:41Di Siden Rang Rapang, Sulawesi Selatan, tujuh hektare kawasan terjejas manakala kebakaran seluas lima hektare di Seragan, Jawa Tengah turut
00:50berjaya dipadamkan selepas dilaporkan pada Selasa.
00:54Di Cianjur, Jawa Barat, kebakaran yang tercetus pada Isnin di Gunung Picong memusnahkan tiga hektare kawasan sebelum dipadamkan sepenuhnya pada
01:03Selasa.
01:03Sementara itu, daripada 34 titik panas yang dikesan sebelum ini di kawasan Gunung Bromo, satu masih aktif di Dingklik, Kabupaten
01:12Pasuruan, Setakat Rabu, dengan operasi pemadaman kini tertumpu di lokasi berkenaan.
01:18Setakat Selasa, kebakaran di kawasan Gunung Bromo dianggarkan menjejaskan seluas 889 hektare.
Comments