00:00Bomber Sarawak meneruskan operasi pemadaman kebakaran hutan melibatkan kawasan tanah gambut di jalan ke Jatau Lingga, Seri Aman yang dilaporkan
00:09sejak Isnin.
00:10Menurut Pusat Gerakan Operasi PGO Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, JBPM Sarawak, pasukan dari Balai Bomber dan Penyelamat Seri Aman
00:19meneruskan usaha pemadaman kebakaran yang dianggarkan menjejaskan kawasan seluas 80 hektare.
00:25Dalam satu kenyataan, Bomber Sarawak maklumkan kira-kira 20 hektare kawasan berjaya dipadamkan, manakala baki kawasan yang masih terjejas dianggarkan
00:34seluas 60 hektare.
00:36Operasi pemadaman dijalankan menggunakan kaedah total flooding bagi mengawal dan memadam kebakaran.
00:42Antara cabaran dihadapi pasukan bomber ialah ketiadaan liputan komunikasi selain faktor angin kencang yang menyebabkan api merebak dengan pantas.
00:50Pasukan turut berdepan dengan kekangan sumber air terbuka seperti parit serta keadaan, akses jalan yang sempit sekaligus menyukarkan pergerakan jentera
01:00dan operasi pemadaman.
01:02Operasi pemadaman akan diteruskan bagi mengawal kebakaran dan mengurangkan keluasan kawasan yang terjejas.
01:07Terima kasih telah menonton!
Comments