Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Enam sekolah di Tebedu, Serian di Sarawak ditutup pada Rabu susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 200.
Transcript
00:00Enam sekolah di Tebedu Serian di Sarawak ditutup pada Rabu, susulan bacaan indeks percemaran udara IPU tidak sihat melebihi 200.
00:09Dalam satu kenyataan Jabatan Pendidikan Sarawak, JPNS memaklumkan, penutupan itu melibatkan 579 murid serta 104 kaki tangan.
00:20JPNS berkata, walaupun sekolah ditutup sementara, proses pengajaran dan pembelajaran di rumah PDPR diteruskan.
00:27Ia melibatkan sekolah kebangsaan SK Sejijak, SK Sungai Samiran, SK Tepoi, SK Untubuh, SK Temung dan SK Tema.
00:35Menurutnya, sebarang keputusan berkaitan pembukaan semula sekolah perlu mengambil kira perkembangan bacaan IPU dan arahan serta panduan yang ditetapkan.
00:44JPNS memaklumkan pihaknya melalui Pejabat Pendidikan Daerah PPD Serian akan terus memantau perkembangan bacaan IPU dan kualiti udara dari semasa
00:54ke semasa
00:55dengan mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa serta agensi berkaitan.
01:00Beliau mengingatkan sekolah yang berada dalam kawasan atau daerah mencatatkan bacaan IPU melebihi 200 supaya ditutup serta merta
01:06tanpa perlu menunggu arahan khusus daripada pihaknya atau PPD.
01:10Pada masa sama, pihak sekolah hendaklah memaklumkan tindakan penutupan tersebut kepada PPD dan JPN
01:16dengan kadar segera bagi tujuan penyelarasan, pemantauan dan rekod.
Comments

Recommended