00:00Asteroid Nigeria untuk memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik atau EV berdepan cabaran bekalan elektrik yang tidak mencukupi.
00:08Sebahagian pemilik EV di negara paling ramai penduduk di Afrika itu masih bergantung kepada generator diesel untuk mengecas kenderaan, mencerminkan
00:17cabaran peralihan kepada pengangkutan lebih bersih.
00:23Pada separuh pertama 2026, kerajaan Nigeria meluluskan pengecualian cukai bagi hampir 4,000 kenderaan elektrik sebagai sebahagian program menggalakkan penggunaan
00:33EV dan menyokong pemasangan tempatan.
00:37Nigeria turut mengecualikan EV daripada cukai nilai tambah pada 2024 dan menurunkan duti import kepada SIFAR pada 2025 berbanding 5
00:47% sebelum ini.
00:48Langkah itu turut disokong kenaikan harga bahan api selepas subsidi petrol dimansuhkan pada 2023 yang meningkatkan minat terhadap motosikal, kereta
00:58dan bas elektrik.
00:59Namun grid elektrik Nigeria hanya mampu bekalkan sekitar 4,000 megawatt untuk populasi melebihi 200 juta orang memaksa banyak rumah
01:08dan premis perniagaan bergantung kepada generator diesel.
01:11Keadaan itu turut memberi kesan kepada ekosistem EV termasuk stesen pengecasan, pengedar dan operator penukaran bateri yang terpaksa menggunakan generator
01:20apabila bekalan grid terputus.
01:22Pembuat tempatan termasuk set-left serta jenama China seperti BYD dan Gili kini memperluas kehadiran di Nigeria dengan model elektrik
01:31dan hybrid yang dilihat lebih sesuai dengan keadaan bekalan elektrik tidak menentu.
01:36Nigeria mempunyai kira-kira 48 stesen pengecasan EV setakat akhir 2025, kebanyakannya di Lagos dan Abuja berbanding lebih 500 stesen
01:46pengecasan awam di Afrika Selatan.
01:48Walaupun berdepan kekangan infrastruktur dan bekalan elektrik, pemilik EV optimis pengangkutan elektrik akan terus berkembang khususnya di bandar besar seperti
01:57Lagos.
Comments