Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Sasaran nilai pembangunan kasar atau GDV sebanyak RM3 bilion bagi projek perbandaran Sime Darby Property Bhd (SimeProp) di Kulai, Johor, dilihat mampu dicapai tanpa andaian pertumbuhan agresif. TA Research berkata komponen kediaman sahaja berpotensi menjana GDV sekitar RM2.7 bilion.
Transcript
00:00Sasaran nilai pembangunan kasar atau GDV sebanyak RM3 bilion bagi projek perbandaran Sime Dabi Property Berhad atau Sime Prop di
00:09Kulai, Johor
00:10berpotensi dicapai tanpa memerlukan andaian pertumbuhan yang agresif.
00:15Menurut TA Research, harga pemerolehan tanah sebanyak RM17.25 sekaki persegi.
00:22berada dalam Julat Mudah Sabah berdasarkan transaksi tanah berskala besar terkini di kawasan Kulai, Sedenak.
00:33Sime Prop sebelum ini memperoleh tanah seluas 225.39 hektare di Kulai pada harga RM418.5 juta bagi pembangunan perbandaran
00:44berkenaan.
00:44Tapak kira-kira 540 hekar berpotensi menempatkan sekitar 3,900 unit kediaman bertanah,
00:51manakala komponen kediaman sahaja diunjurkan menjana GDV sekitar RM2.7 bilion.
00:58TA Research berkata anggaran itu berdasarkan andaian kejikapan tanah kediaman sebanyak 60% serta kepadatan 12 unit
01:05bagi setiap hekar bersih dengan harga jualan purata sekitar RM700,000 seunit.
01:11Pembangunan berkenaan dijangka merangkumi komponen kediaman bertanah dan komersial
01:17dengan fasa pertama disasarkan dilancarkan pada 2028 dan keseluruhan pembangunan mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
01:26Dari segi pembiayaan, pemorelihan tanah itu akan dibiayai menerusi gabungan dana dalaman dan pinjaman.
01:33TA Research melihat pemorelihan berkenaan sebagai langkah strategik positif untuk Sime Prop khususnya
01:39dalam meningkatkan pendedahan kepada koridor kulai sedena yang dijangka mendapat manfaat daripada perkembangan JSSEZ.
Comments

Recommended