Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Hong Kong secara rasmi membuka Pejabat Ekonomi dan Perdagangan atau HKETO di Tun Razak Exchange, TRX, Kuala Lumpur bagi memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan perniagaan dengan Malaysia serta negara ASEAN. Pejabat itu akan menjadi penghubung dalam memudah cara perdagangan dan pelaburan dua hala selain membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam bidang kewangan, fintech, inovasi dan teknologi, ekonomi hijau, logistik serta industri kreatif.
Transcript
00:00Hong Kong secara rasmi membuka Pejabat Ekonomi dan Perdagangan HKETO di Tun Razak Exchange TRX Kuala Lumpur dalam usaha memperkukuh
00:09hubungan perdagangan, pelaburan dan perniagaan dengan Malaysia serta rantau ASEAN.
00:14Setiusaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong, Algenen Yao berkata, pejabat itu akan memainkan peranan penting dalam memperluas hubungan ekonomi
00:24dan perdagangan Hong Kong dengan Malaysia, Brunei, Laos dan Pakistan.
00:31Menurut Al-Gernon, KETO, Kuala Lumpur merupakan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Luar Negara ke-15 Kerajaan Wilayah Pentabiran Khas Hong
00:40Kong dan yang ke-4 di ASEAN selepas Singapura, Jakarta serta Bangkok.
00:46ASEAN kini merupakan rakan dagangan barangan ke-2 terbesar Hong Kong sejak 2010, manakala Malaysia menjadi rakan dagangan ke-8
00:53terbesar Hong Kong.
00:54KETO, Kuala Lumpur turut memberi tumpuan kepada peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala serta kerjasama dalam sektor kewangan dan vintage,
01:03inovasi dan teknologi, perkhidmatan profesional, ekonomi hijau, logistik dan industri kreatif.
01:09Pejabat itu mula beroperasi pada Desember 2025 selepas cadangan penubuhannya diumumkan susulan lawatan Ketua Ezekutif Hong Kong ke Malaysia pada
01:182023.
01:20Pejabat itu juga akan menjadi penghubung bagi syarikat Hong Kong dan China yang mahu meluaskan operasi kepasaran antarabangsa,
01:27sekaligus menjadi jambatan dalam mengeratkan hubungan ekonomi dan kemakmuran antara Hong Kong dengan Malaysia serta negara serantau.
Comments

Recommended