Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Ketidakpastian berhubung layanan cukai terhadap kargo minyak yang dicampurkan dalam tangki darat di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor, menjejaskan perniagaan dalam sektor perkapalan dan petroleum.
Transcript
00:00Baik niaga awal ni jam ini dimulakan dengan laporan berikut.
00:02Pemain industri maritim bimbang ketidakpastian cukai bagi kargo minyak yang dicampurkan dalam tangki darat
00:09di pelabuhan Tanjung Langsat, Johor boleh menjejaskan operasi sektor perkapalan dan petrolium.
00:16Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sendirian Berhad, Datuk Seri R. Jayan Deren berkata,
00:22Jabatan Kastam perlu segera menjelaskan status pencampuran kargo serta kaedah klasifikasi, dokumentasi dan taksiran cukai yang perlu dipatuhi.
00:34Isu itu menurut Jayan Deren penting bagi pelabuhan Tanjung Langsat yang mengedalikan kargo petrolium termasuk aktiviti pemindahan kargo dari kapal
00:42ke tangki darat ketika operasi pemindahan kapal.
00:46Kata beliau, pencampuran kargo mungkin menjadi sebahagian daripada amalan operasi yang dijalankan.
00:52Namun, ketiadaan garis panduan jelas berhubung implikasi kawal selia dan cukai boleh menimbulkan ketidakpastian, kos tambahan serta petikaian dengan pihak
01:01berkuasa.
01:02Jelas beliau lagi, syarikat tidak seharusnya dibiarkan mentafsir sendiri keperluan kastam dan cukai,
01:08terutama apabila keputusan berkenaan boleh memberi implikasi kewangan besar terhadap operasi.
01:14Beliau berkata, jika amalan itu dibenarkan, kastam perlu menyatakan dengan jelas syarat yang perlu dipatuhi,
01:21termasuk kaedah pengiraan cukai sekiranya ia dikenakan.
01:25Ujarnya, ketidakpastian berterusan berhubung perkara itu boleh menyebabkan kelewatan kargo,
01:31peningkatan kos penyimpanan dan operasi, komplikasi kontrak,
01:35serta penjejaskan kelancaran aktiviti perniagaan di pelabuhan.
Comments

Recommended