00:00Seterusnya, empat penghuni sebuah pusat jagaan di Tanjung Rambutan didakwa di Mahkamah Magistret Ipoh pada Rabu atas tuduhan membunuh dan
00:09menyebabkan kematian seorang penghuni lain minggu lalu.
00:12Ahmad Faiz Muhammad Rauhi, 35 tahun, Zaid Syari, 50 tahun, Radzuan Subuh, 55 tahun dan Abdul Halim Muhammad Nizam, 47
00:20tahun, menganggup faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Nurizan Rizwan.
00:27Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh kerana kes di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:33Ahmad Faiz didakwa membunuh Muhammad Fauzi Hussein, 54 tahun, di Pusat Jagaan Bakti, Jalan Bunga Cempaka, Taman Chong Kui, Tanjung
00:42Rambutan antara jam 5 petang hingga 5.41 petang 4 Ogos lalu.
00:48Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanung Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika
00:57tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.
01:01Pada proseding sama, Zaid, Radzuan dan Abdul Halim didakwa bersama-sama menyebabkan kematian mangsa yang sama di lokasi, masa dan
01:10pada tarikh sama.
01:11Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.
01:18Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 304-A Kanung Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanung Keseksaan.
01:26Tiada jaminan ditawarkan kepada kesemua tertuduh dan mahkamah menetapkan 11 September sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan bedah siasat,
01:36perubatan penuh dan laporan-laporan berkaitan di samping laporan psiketeri untuk Abdul Halim.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments