00:008 pelajar lelaki berusia 14 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Magistret Tawau hari ini atas pertuduhan bergaduh dan merusuh di
00:08hadapan sebuah sekolah menengah di Batu 5, Jalan Apas, Tawau bulan lalu.
00:13Kesemua tertuduh membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.
00:22Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa terlibat dalam satu perhimpunan yang disertai pembuatan bergaduh dan merusuh di hadapan sebuah sekolah menengah
00:31di Batu 5, Jalan Apas, kira-kira jam 11 pagi 10 Julai lalu.
00:36Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 147 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduduannya
00:45sekali jika sabit kesalahan.
00:47Mahkamah menetapkan 19 November depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum hukuman dibutuskan.
00:56Polis sebelum ini menerima maklumat mengenai satu rakaman video berdurasi 27 saat yang tular menerusi aplikasi WhatsApp memamparkan perkaduhan membabitkan
01:06beberapa pelajar sekolah menengah dengan seorang lelaki awam.
01:09Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan berkaitan penyebaran gambar dan video berunsur seksual yang didakwa disunting menggunakan teknologi
01:20kecerdasan buatan atau AI.
Comments