Skip to playerSkip to main content
  • 23 hours ago
Wong Chen yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal dan bersama PKR hampir dua dekad, mengesahkan keputusan itu pada sidang media di ibu pejabat Bersama.
Transcript
00:00Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Zofitri Yusuf bersama anda dalam rutin awal ini.
00:04Wong Chen menyertai parti bersama Malaysia bersama berkuatkuasa hari ini
00:08selepas beberapa hari mengumumkan perletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Subang.
00:14Menurut pengasas bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli,
00:17Wong Chen telah membuat permohonan menyertai parti tersebut secara dalam talian
00:21dan akan diproses mengikut peraturan keahlian.
00:26Rafizi menambah penyertaan Wong Chen akan turut membantu mempercepatkan
00:31penyediaan kertas dasar parti berkenaan yang dijangka mula diterbitkan
00:36menjelang sambutan Hari Merdeka yang dikenali sebagai Kertas Kancil.
00:42Seperti yang kita tahu, Saudara Wong Chen telah menjadi ahli Parlimen sejak tahun 2013.
00:48Saya dan Wong Chen masuk ke Parlimen pada penggal yang sama 2013.
00:54Sesuai dengan pengalaman beliau, Saudara Wong Chen akan bertanggungjawab
01:00untuk menyelia persediaan kertas-kertas dasar bersama.
01:06Sebelum ini pun saya dan juga Saudara Wong Chen antara tugas utama kami
01:12semasa di dalam Pakatan Harapan dahulu ialah untuk menyediakan dokumen-dokumen
01:17dasar Pakatan Harapan.
01:19Wong Chen mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ahli Parlimen Subang
01:23berkuat kuasa jam 5 petang Isnin lalu.
01:26Surat perletakan jawatan itu telah diserahkan kepada yang dipertua
01:29Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, pada 5 Ogos lalu.
01:33Dalam sidang media sama, Rafizi memaklumkan parti itu juga akan
01:37memperkenalkan kumpulan yang dinamakan calon bayangan.
01:41Ia terdiri daripada tokoh yang dikenalpasi dan ditapis untuk diberi mandat
01:45sebagai calon serta menyusun persediaan parti di kerusi yang bakal ditandingi.
01:49Tambah Rafizi, proses tersebut akan dimulakan dengan pindaan perlembagaan bersama
01:54yang kini sedang diuruskan selari dengan keperluan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan.
02:00Selain itu, bersama juga mengumumkan tujuh jurucakap yang diberi mandat
02:05mewakili parti dalam bidang dan kumpulan masing-masing.
Comments

Recommended