Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas menyelamatkan cucu saudaranya di Sungai Pulau Kudat di Kuala Terengganu, ditemukan lemas, pada Sabtu.
Transcript
00:00Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas menyelamatkan cucu sadaranya di sungai Pulau Kudat di Kuala Terengganu ditemukan lemas pada Sabtu.
00:08Ketua Polis Zairah Hulu Terengganu, Superintenden Syarudin Abil Wahab berkata, mayat Harun Ibrahim, 51 tahun, ditemukan anggota bomba sekitar 7
00:17.30 malam, kira-kira 100 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang pada sebelah pagi.
00:24Operasi mencari dan menyelamat oleh anggota pasukan penyelamat di air PPDA, Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM akhirnya berjaya menemukan mangsa
00:33di pesisir sungai.
00:34Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
00:38Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika beriadah di kawasan rekreasi air memandangkan cuaca yang tidak
00:46menentu kebelakangan ini.
00:47Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi Sabtu, Harun, Pesara Pertubuhan Keselamatan Sosial atau Perkeso dan Mengidap Penyakit Buah Pinggang,
00:56dilaporkan hilang ketika menyelamatkan cucu saudaranya berusia 8 tahun yang dihanyutkan arus ketika mandi di sungai itu.
01:02Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended