Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengecam tindakan peneroka haram Israel yang membakar sebuah masjid di Wilayah Tulkarm, Tebing Barat. GCC menyifatkan insiden itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan menggesa tindakan segera diambil terhadap pelaku.
Transcript
00:00Majlis Kerja Sabateluk atau GCC mengecam tindakan peneroka haram Israel yang membakar sebuah masjid di kampung Kur, wilayah Tulkram di
00:09Tebing Barat pada Ahad.
00:10Setiausaha agungnya, Jassim Muhammad Al-Budaiwi berkata, insiden tersebut merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan
00:19antarabangsa.
00:22Menurut beliau, tindakan itu turut melanggar pelbagai konvensyen antarabangsa yang menjamin perlindungan terhadap rumah ibadat dan kebebasan beragama.
00:30Menurut laporan ejesi berita Palestine Wafa, Al-Budaiwi menyifatkan serangan tersebut sebagai sebahagian daripada siri pelanggaran berterusan yang menyasarkan rakyat
00:39Palestine dan tempat-tempat suci mereka.
00:42Beliau turut meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas pihak berkuasa dan tentera Israel.
00:46Susulan kegagalan menghalang pencerobohan berulang oleh peneroka haram.
00:52Jassim turut menggesa masyarakat antarabangsa, Majlis Keselamatan Pertubuan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB serta Organisasi Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan supaya
01:01mengambil tindakan segera bagi menghentikan pelanggaran tersebut.
01:04Beliau juga menuntut supaya pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan selain memastikan perlindungan antarabangsa diberikan kepada rakyat Palestine dan
01:12tempat-tempat suci mereka.
01:13Menurut beliau, sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap insiden seumpama itu hanya akan menggalakkan lebih banyak pelanggaran berlaku pada masa
01:21depan dan menjejaskan prospek keamanan dan kestabilan di Asia Barat.
Comments

Recommended