Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Enam lelaki tempatan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor esok atas pertuduhan menculik bagi mendapatkan wang tebusan RM7 juta dalam kes penculikan yang dilaporkan berlaku di Petaling Jaya pada 17 Julai lepas.
Transcript
00:00Enam lelaki tempatan akan didakwa di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya Selangor hari ini atas pertuduhan menculik bagi mendapatkan wang tebusan
00:08RM7 juta dalam kes penculikan yang dilaporkan berlaku di Petaling Jaya pada 17 Julai lepas.
00:14Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' M. Kumar berkata, siasatan terhadap 8 suspek telah selesai dan kertas siasatan dirujuk
00:23kepada Jabatan Peguam Negara pada Jumaat sebelum menerima arahan pertuduhan.
00:30Beliau berkata daripada 8 suspek terbabit, 6 akan dituduh mengikut Seksyen 3-1 Akta Penculikan 1961 kerana menculik untuk wang
00:40tebusan.
00:41Manakala 2 lagi iaitu seorang wanita dan lelaki tempatan dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan selepas diikat bon mengikut Seksyen 118
00:51Kanun Tatacara Jenayah.
00:52Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Session Petaling Jaya, Selangor pada 27 Julai 2026, 9.30 pagi.
01:01Kumar berkata Polis Diraja Malaysia PDRM komited mengambil tindakan berterusan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti
01:09jenayah, khususnya jenayah kekerasan, bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.
01:15Orang ramai juga diseru supaya terus bekerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu memantras kegiatan jenayah daripada terus
01:24berleluasa.
01:26Rabu lalu Kumar berkata lelaki berusia 44 tahun yang diselamatkan dalam kes penculikan itu telah ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya
01:34langkah-langkah penjagaan khas 1985 selepas siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terlibat dalam sindiket dadah.
01:41Sehari sebelumnya, polis turut menahan dua lagi individu di beberapa lokasi di Selangor termasuk seorang bekas anggota polis yang dipecat
01:50pada 2023 berusia lingkungan 30-an kerana disyakit terlibat dalam kes culik itu.
01:55Pada 19 Julai lepas, polis menyelamatkan mangsa dan menahan enam individu termasuk seorang wanita berusia 30 hingga 46 tahun yang
02:04dipercayai menuntut wang tebusan RM7 juta dalam operasi khas di Selangor.
02:09Kesemua suspek diremang 10 hari mengikut Seksyen 12 Akta Penculikan 1961 dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Kurungan 1 Akta
02:19Penculikan 1961 serta Akta Dadah Berbahaya 1952.
Comments

Recommended