00:00Bukan sekadar menikmati keindahan alam, tren pelancongan kini beralih kepada pengalaman yang lebih autentik.
00:06Konsep ekopelancongan dan pelancongan desa semakin mencuri perhatian apabila pengunjung bukan sahaja mencari tempat bermalam, malah mahu merasai sendiri suasana
00:15kehidupan di kampung.
00:17Di daerah Rembau, sebuah inisiatif tempatan membuktikan potensi itu mampu menjadi pemangkin baru ekonomi setempat.
00:27Berinspirasikan kecenderungan pengunjung yang inginkan suasana kedamaian di kampung,
00:32pengarah urusan dan pengasas 1108 Pedas Village Resort, Zamari Muhyie, bangunkan tanah adat milik keluarganya menjadi sebuah desainasi ekopelancongan.
00:42Jadi saya mulakan 1108 Pedas Village Resort ini pada April 2025.
00:50Saya mengambil konsep, sekarang ini kita eksperimental, orang nak balik kampung, nak tengok live kampung kan.
00:58Jadi saya develop tanah adat, kebetulan ini adalah tanah mak saya.
01:03Kita develop tanah adat, jadikan satu bentuk perniagaan iaitu dalam sudut agro pelancongan.
01:11Jadi di situ kami nampak di Rembau ini, daerah Rembau memang memerlukan banyak penginapan.
01:20Selain menyediakan penginapan selesa buat pengunjung, Zamari berkata pengalaman penginapan juga menjadi antara faktor menarik pengunjung.
01:28Bagi tujuan itu, pihaknya merancang membangunkan aktiviti setempat bagi mendedahkan kehidupan masyarakat kampung kepada pengunjung.
01:36Antaranya menyediakan program korban dan aktiviti memasak juadah asli Negeri Sembilan.
01:41Dekat sini top dia, apa ni, cok ubi, cok ubi, apa nama cok ubi, tempoyak tu, top di sini.
01:54Yang itu saya ketengahkan, lepas tu saya nak ketengahkan macam mana masak, masak salai tu kan.
02:01Yang itu antara perancangan.
02:04Dan yang keduanya kita nak buat route, explore kampung, macam mana pokok getah, raba teping, macam mana buah kelapa sawit,
02:13apa biji sawit tu.
02:14Lepas tu makan di warung, kampung, lepas tu kita pergi tengok rumah adat, rumah liza dan seterusnya mandi dengan kobau
02:22kan, berkubang dengan kobau.
02:24It's all experience. Itu pengalaman yang ada Negeri Sembilan yang saya nak keluarkan lah.
02:29Tambahnya penlibatan masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam membangunkan aspirasi ini.
02:34Ini kerana dengan penglibatan golongan perniaga dan usahawan kecil berupaya memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat setelah yang memajukan perniagaan
02:42kecil dan sederhana PMKS.
02:44Tapi penglibatan orang kampung Alhamdulillah pada mula-mula kami buka tu mereka agak terkejut betul ke benda ni boleh jadi
02:52dalam kampung kan.
02:54Tapi insyaAllah Alhamdulillah sekarang mereka dapat potensi dan limpahan pada tu dapat kepada orang kampung punya ni dia beli kerepek,
03:04dia makan di restoran, salai.
03:07Alhamdulillah lah. InsyaAllah rembau ni tengah develop dan kita akan sama-sama naik.
03:12Pada masa sama ujarnya, perwujudan fasiliti pelancongan di daerah kecil bukan sahaja mampu memberi limpahan ekonomi kepada golongan perniaga, malah
03:21mencipta peluang pekerjaan buat anak tempatan.
03:24Tidak hanya mengangkat pengalaman menginap di desa, lokasi strategik ini turut melengkapkan pengalaman pelancong dengan akses mudah ke pelbagai restoran
03:33yang menghidangkan cita rasa asli Negeri Sembilan.
03:39Sementara itu, menurut Zamari Muhyie, persaingan dalam industri pelancongan kini tidak lagi hanya bergantung kepada lokasi atau kemudahan yang ditawarkan.
03:48Sebaliknya, keupayaan memanfaatkan platform digital dan media sosial menjadi penentu penting dalam memperkenalkan sesuatu destinasi kepada khalayak yang lebih luas.
03:58Itu memang perlu sebabnya digital memang perlu sekarang, digital marketing atau masyarakat digital perlu selain di TikTok, Facebook, Instagram.
04:08Jadi saya dedahkan mereka supaya setiap hari kena buat live ataupun keluarkan posting dalam HP dan juga Insta supaya orang
04:19tahu kalau daerah rembau terutamanya pedas akan naik nama resort ini.
04:25Itu secara marketing yang paling efektif dan paling...
04:28Dengan strategi pemasaran digital yang konsisten dan berterusan, Zamari berharap lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa akan memilih rembau sebagai
04:38destinasi percutian sekaligus merancakkan lagi sektor ekopelancongan di kawasan itu.
04:43Terima kasih telah menonton!
Comments