Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Presiden Iran Masoud Pezeshkian menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Amerika Syarikat susulan kerosakan infrastruktur pengangkutan akibat serangan ke atas negara itu.

Beliau turut menyifatkan serangan terhadap kemudahan awam dan infrastruktur strategik Iran sebagai satu jenayah perang.
Transcript
00:00Presiden Iran Masud Bezizhqian menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Amerika Syarikat berhubung kerosakan infrastruktur pengangkutan akibat serangan ke atas
00:09negara itu.
00:10Menurutnya serangan ke atas kemudahan awam dan infrastruktur strategik disifatkan sebagai satu jenayah perang.
00:18Bezizhqian membuat kenyataan itu ketika melawat Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar bagi menilai kerosakan yang dialami sektor pengangkutan dan logistik
00:27Iran.
00:27Katanya kerosakan membabitkan pelabuhan, terminal, sempadan, jambatan, jalan raya, landasan kereta api serta kemudahan logistik akibat serangan Amerika Syarikat.
00:38Beliau turut mengarahkan agar usaha pembinaan semula dipercepatkan termasuk pengaktifan laluan alternatif bagi memastikan rangkaian pengangkutan negara terus beroperasi tanpa
00:48gangguan.
00:49Dalam masa sama, beliau juga memuji komitmen petugas sektor pengangkutan yang berjaya mengekalkan perkhidmatan meskipun berdepan tekanan akibat konflik berterusan.
00:59Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan antara Tehran dan Washington terus memuncak.
01:04Susulan siri serangan dan tindak balas ketenteraan dirantau berkenaan.
01:08Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended