00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membayangkan kemungkinan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada, susulan pencemaran udara akibat asap kebakaran hutan.
00:11Trump juga mengancam untuk mengenakan tarif ke atas Meksiko berhubung kebimbangan mengenai hasil pertanian.
00:21Kebakaran hutan berskala besar terus berlanda Kanada sepanjang musim panas tahun ini dengan asap daripada kebakaran di Ontario baru-baru
00:29ini merentasi sempadan hingga menjejaskan kualiti udara di beberapa wilayah di Amerika.
00:35Dalam masa sama, pihak berkuasa kesihatan Amerika sedang menyiasat penularan wabak saiklosopriasis di seluruh negara yang dikaitkan dengan hasil pertanian
00:45segar.
00:45Pusat Kawalan dan Pencerahan Penyakit CDC Amerika memaklumkan pada Jumaat, lebih 4,000 kes yang disahkan melalui ujian makmal telah
00:55direkodkan sejak Mei.
00:56Manakala pentadbiran makanan dan ubat-ubatan FDA mengesyaki wabak itu mungkin berkaitan dengan salad yang diimport dari Meksiko.
01:05Trump berkata pentadbirannya sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tarif yang tinggi terhadap Kanada dan Meksiko berhubung isu berkenaan.
Comments