Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Seorang lelaki Malaysia ditahan selepas disyaki menikam seorang lagi rakyat Malaysia dalam pergaduhan berkumpulan di Eumseong.
Transcript
00:00Polis Korea Selatan menahan seorang lelaki warga Malaysia yang disyaki menikam seorang lagi rakyat Malaysia sehingga maut dalam pergaduhan berkumpulan
00:08di Eumseong, wilayah Chungcheong, Utara.
00:11Menurut laporan The Korea Herald, pada ahad, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi di sebuah bangunan komersial.
00:20Kira-kira 10 individu daripada 2 kumpulan bertentangan dipercayai berkumpul di lokasi berkenaan selepas bersetuju untuk berlawan antara satu sama
00:30lain.
00:30Dalam pergaduhan itu, suspek disyaki menikam seorang lelaki Malaysia berusia lingkungan 20-an sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.
00:39Mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
00:45Seorang lagi individu yang turut mengalami kecederaan parah masih menerima rawatan di hospital.
00:51Susulan kejadian, suspek dilaporkan melarikan diri ke sebuah kediaman berhampiran sebelum berjaya ditahan polis kira-kira sejam kemudian.
00:59Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca pergaduhan berkenaan.
Comments

Recommended