00:00Konflik ketenteraan melibatkan Iran dilaporkan terus memuncak pada hujung minggu ini.
00:05Menyaksikan pelbagai siri serangan baharu berlaku di beberapa kawasan strategik.
00:11Meskipun Amerika Syarikat menghentikan sementara operasi serangan udaranya,
00:15kumpulan Houthi yang mendapat sokongan Iran bertindak melancarkan serangan terhadap kemudahan minyak milik Arab Saudi yang terletak di pesisir Laut
00:25Merah.
00:27Setakat ini, tiada sebarang laporan mengenai serangan balas langsung oleh Iran terhadap negara jiran dalam tempoh tersebut.
00:34Dalam pada itu, tentera Amerika sahkan operasi sekatan laut terhadap Iran masih diteruskan bagi mengawal keadaan.
00:40Namun, enggan mendedahkan punca penangguhan siri serangan udara yang sebelum ini telah berlangsung selama 13 malam berturut-turut.
00:48Menurut laporan media antarabangsa, Presiden Donald Trump mengambil keputusan menangguhkan plan peningkatan serangan
00:54bagi mengelakkan konflik serantau menjadi lebih parah.
00:58Penansihat pentadbiran Amerika turut mengambil kira impak terhadap stok pertahanan domestik,
01:03hubungan diplomatik dengan sekutu teluk, kestabilan bekalan tenaga serta pasaran ekonomi global.
01:08Seorang pegawai kanan White House menegaskan bahawa keutamaan Washington ketika ini adalah tertumpu kepada penyelesaian diplomatik.
01:17Terima kasih telah menonton!
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments